Monday 4 February 2013

FareWeLL

yang sebenarnya aku masih belum mahu melupakan pemergian kakak aku merangkap bos aku kat admin nie.bagi aku dia idola aku..banyak benda yang aku belajar dari dia. dan yang paling best dia snagat sporting dan menghargai setiap stafnya..dan dia satu2nya insan yang aku boleh berkongsi idea untuk memudahkan lagi tiap urusan kerja aku. aku tak sedih tapi lebih kepada kecewa dan terkilan dengan big-big bos kat ofis nie. kata je sentiasa mahu ambil tahu dan mendengar pendapat staf. tapi semuanya hampeh. pintu sentiasa terbuka konon..walhal hanya omongan kosong.

Pemergian dia amat aku terasa. 3 tahun masih tak cukup untuk dinilaikan lagi. terlalu kejap waktu dengan dia. banyak lagi projek-projek yang kitaorang rancangkan bersama. serius aku tak boleh terima kedatangan pegawai yang baru nie. dan terus terang aku pun sukar untuk menerima pegawai yang lagi satu tue.

tapi apa-apapun aku akan cuba hadapinya jugak. dan aku harap ada rezeki aku ditempat lain. aku dah taknak duduk kat sini lagi. hati aku sudah rasa tidak enak. aku memang perlukan pembaharuan.

Selain kak zaza, kak diana juga telah berpindah ke tempat yang lain. tapi tak mengapalah tentang dia aku takdela terasa sangat..walau lepas dia pergi memang aku rasa sunyi sikit admin nie..nak pandang2 belakang pun dah tak best..dulu rajin toleh belakang bercerita suka duka dengan dia. la nie bila dia takde ganti yang baru..ntah aku rasa buat masa skrang susah nak masuk. bagi aku dia dah kerja lama kat uitm nie..katanya dah 7 tahun dat's why dia mintak tukar department. so kalau mcam tue orang lama katanyakan ..patutnya dah boleh biasakan diri dah..dah cepat serasi dengan kita-kita yang kat sini..tapi nie aku tengok senyap je...ada gak la dia tanya2 tapi mcam tak berapa nak ramah sangatlah..smua hal biasa2 je..aku takde mood lagi nak kongsi apa2 lagi dengan dia. biar dulu kot. mana tahu lepas nie dia okay ke kan..bagi waktu. kebetulan kak hasnah pun masih belum mahu memanggil kitaorang untuk mesyuarat penstrukturan nie..so takpelah..

lastly..layankan gambar2 ketika farewell nie berlangsung.. ;)

   
vanilla butter cream cake dari cutiestcupcakes by nori ibrahim ;)
    
  
cys deanna - yang sekarang dah bertukar ke bahagian konvokesyen, pejabat pendaftar.

 nie sebelum farewell bermula..

 my dearie cys zaza ~ dia banyak beri aku inspirasi untuk menjadi leader

 sessi bagi hadiah
 sessi bagi hadiah lagi.

 senyum..ye memang aku senyum amik gambar..tapi dalam hati??

 gambar ramai-ramai



 me and cys zaza..





 lambaian terakhir di ofis..

nota kaki : kak zaza time nie kena balik awal sebab dia tak sihat. dia datang pun sekadar memenuhi jemputan. lepas kak zaza balik. kitaorang sambung main amik-amik gambar.~ layankan. ;)






aku harap dan doakan moga-moga kak zaza and kak deanna bahagia dan lebih berjaya juga tenang di tempat yang baru. aku yakin diaorang mampu laluinya. tiap kenangan dan pengajaran serta pembelajaran dan juga nasihat tidak akan sesekali aku lupakan. banyak cerita suka duka tangis tawa aku dengan diaorang nie. moga allah sentiasa merahmati hidup kalian dunia akhirat. amin..

*peluk*
*nangis*

No comments: