Thursday 27 December 2012

KhiLaF

Tiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan kan..
dibezakan hanya dengan silap itu besar atau kecil.

seperti aku sekarang.
tak pernah culas dari melakukan kesilapan.

namun.
lari jatuh bangun aku sekalipun
Dia tidak pernah lupa untuk memimpin aku
hingga ketemu jalan keluarnya..

aku selalu berdoa
agar aku terus diketemukan dengan jalan yang terbaik
untuk aku terus melangkah..
aku selalu bedoa
agar aku diketemukan dengan setiap penyelesaian.
dimana tiap salahnya aku. Dia sudi membantu.

aku khilaf.
tapi bila aku tersedar
mohon pada Dia
agar dipimpin dan dicarikan jalan keluar.
Dia membantu tanpa diminta balasan apa-apa.

aku khilaf.
ampuniku Tuhan yang satu.

*nangis*

Friday 21 December 2012

Cuba dImENGERTIkan aku Ini

aku milik orang
dan kau juga milik orang
kita bersama cuma atas satu sebab
atas rasa itu
rasa yang dulu itu----

dan aku akui atas tiap dugaan yang menimpa aku
tapi aku nak kau juga ketahui atas sebab apa kita bertemu kembali
bukanlah di sebabkan dugaan yang sedang aku hadapi ini.

aku masih ada tanggungjawab
walaupun ianya hanya sebelah pihak saja
walau perasaan itu tiada
tapi keinginan untuk bersama itu tetap ada.
biarlah..biar hanya di sebelah pihak saja
biar betapa aku rasa ke tidakpuasannya itu
biar betapa aku rasa hanya aku sahaja yang mencuba
tidak di pihak dia.
biarlah ....

dan kau juga punya tanggungjawab
bezanya kau lakukan dalam keadaan dua-dua pihak mahu
dua-dua pihak cinta, dua-dua pihak kasih, dua-dua pihak sayang
dan dua-dua pihak rasa kepuasannya.
dan soal yang lain-lainnya itu kau sendiri faham kan.
sebab apa kau sendiri tidak mahu itu ini.
kau sudah dewasa, kau sudah berubah, kau sudah matang
makanya pasti kau fahami sendiri.

lantas, mahu apa dimarahnya aku lagi
semata-mata aku yang baru mencuba ini?
terus terang secara jujurnya,
perasaan aku yang sedang aku rasakan ini, bukan semata kerana itu.
bukan kerana itu aku mendekati kamu.
tidak sama sekali.
demi Tuhan yang mencipta tiap perasaannya makhluk dibumi ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap nafsu makhlukNya didunia ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap rasa kasih dan cinta pada setiap makhluNya dialam ini
dan demi Tuhan yang mencipta fitrah pada tiap hati hambaNya disemesta ini.

aku tak minta simpati
dan aku tak minta kamu semata kerna itu.
cuba lah mengerti
dengan hati yang tenang dan jujur..

aku tak meminta tiap simpati kamu bagi masalah aku ini.
aku hanya minta peneman yang sudi bersama aku.

p/s : terpulang pada kamu sekarang sayang. teruskan atau tidak ...itu hak kamu.

Wednesday 19 December 2012

KE MaNa MengHILANG??

tak tahu mana dia pergi
samada benar-benar kesibukan
atau memang sudah tidak mahu.

berjauh hati aku dibuatnya.

haih.

sabarlah.

Tuesday 18 December 2012

DaH tak SuDI

mungkin.
mungkin dia sudah tidak sudi lagi sama aku.
banyak urusannya.
tak mengapalah.
pergi jauh terus.
jangan datang kembali.

aku mahu lari
bawa diri laju-laju
sampai satu hari
kau datang menjemput aku.


sobsob.

Monday 17 December 2012

PuT tHE blame On ME

Kau tahu aku terlalu sayangkanmu
Kau tahu aku selalu perlukanmu
Kau tahu ku takkan pernah tinggalkanmu
Kerna itu kau sering cari salahku
Tolong sayang ku pinta jangan begitu
Tak sanggup everyday bergaduh denganmu
Tolong baby ku pinta kau fahamiku
Ku tiada yang lain selain dirimu

I understand there is some problem
And i not to plan to know
All the pain i kept inside me
Eventhough you might not see
If i can apologize for being wrong
Then it just the shame on me
I'll be the reason for your pain

And
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me

Ku akui ku ramai kawan lelaki
Namun tak pernah sekali ku mungkiri
Hanya kau yang satu kau yang di hati
Janganalah kau cemburu dan menyendiri
Kau marah2 aku tak kira masa
Ku diamkan diri seribu bahasa
Asalkan bergaduh ku saja mengalah
Oh baby2 please aku lemah

And you can put the blame on me
Even though the blame on you
Even though the blame on you
Even though the blame on you
I'll take that blame from you




*adakala mengalah itu jugak jalan yang terbaik*

BoWLING

walau apa pun orang cakap.
sahabat sejati tue tetap setia selamanya.

melatih anak main bowling
mana tahu satu hari nanti kan.

*senyum*

 nampak tak cara dia pilih bola?? orang nak main dia pun sibuk.

sweet time.

Friday 14 December 2012

KeNanGaN

Tiap orang yang sedang bercinta pasti ada lagu-lagu kenangan mereka sendiri kan.
Begitu juga aku dan juga dia. Untuk aku, lagu ini yang aku sering laungkan bila sedang
mengenangkan dia..

Walau aku tidak pasti, dia masih ingat atau tidak. Tapi untuk satu cinta di satu ketika yang dulu..
inilah dia...

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

dan aku harap lagu ini terusan hingga ke sini.
itupun kalau si dia masih sudi.
walau hanya di atas atap sahaja sekarang.
huhuhuhu~

Thursday 13 December 2012

SeNyaP

kalau dengan kesenyapan itu
mampu memujuk hati aku
untuk mengetahui yang kau benar-benar
cintakan aku.

aku sanggup.
untuk terus bersenyap
sampai bila-bila.

asalkan.
ianya mampu buat kau
terus dekat bersama aku.

Aku ingin ikuti kata jiwa hati remaja
Aku sedang rindu pada malam ku bersamamu
Kalbuku mengerang norma-norma hilang
Yang ada hanya rindu

Aku tak bisa jelaskan mengapa bisa begini
Aku selalu terdengar suara-suara yang merayu
Rangkaikan hatiku bersamamu
Di malam ini ku ingin

Aku hanya ingin mencintai
Aku hanya ingin dicintai
Walaupun banyak yang menentangku
Ku hanya ingin bahagia
 

Wednesday 12 December 2012

Kalau Lah

♥ kalau lah semua lelaki boleh tersedar akan ini...betapa indah hidup suami isteri tue kan.. ;)

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”
*aku cuma nak ucap terima kasih kalau memang ini cerita dari luahan seorang yang bernama lelaki*

LemBik

tak perlu cakap banyak-banyak.
untuk menegakkan apa yang kau rasa kau betul.


cuma satu.
aku nak nasihatkan.

jangan jadi lelaki lembik.
kau lelaki.
kau perlu kuat
kau perlu gagah
kau perlu bangkit
dari setiap sakit yang sedang kau rasa.

bukan dengan memaki
bukan dengan merapu.

tolong.
aku benci lelaki lembik.
yang sering kali harapkan
mati sebagai penyelesaian.

hidup
kalau kau tak pandai nak menghargai
masalah
kalau kau tak pandai nak selesaikan

jangan jadi manusia
yang bernama lelaki.
jangan jadi ketua keluarga.
jangan jadi pemimpin.

sebab kau dasar lembik.

ego je lebih.
tapi.
satu hapapuntakboleh.


*tepuk dahi*

SimPaTi

orang duk letak kasihan mereka pada kau.
tengok kau dengkot-dengkot
tengok kau menahan sakit.

kan ke doktor dah cakap
apa-apapun salah satu jalan penyelesaiannya
adalah dengan ubat.
mahu atau tidak.
ubat klinikal tue perlu.

tapi kau.
kau tetap taknak
kata kau nanti banyak kesannya di kemudian hari.
kalau ada ubat tradisional
tapi akan ada kesan sakitnya dulu dan kemudian baru hilang.
pun sama kau tetap tidak mahu.

kemudian kau mintak aku faham kau banyak-banyak.
kau nampakkan macam aku ni bersalah sangat pada kau.
kau nampakkan seolah aku ini tidak pedulikan kau.
dan paling kau nampakkan seolah-olah kau harus disimpatikan
akan sakit kau.

tapi aku?
perasaan aku.
hati aku.
jiwa aku.

siapa mahu peduli?
siapa mahu kisahkan?

kau sangat-sangat pentingkan diri sendiri sebenarnya.
cuma kau tak pernah mahu mengaku.

terima kasih.



bila-bila

bila-bila
nanti.
kalau kau rasa kau perlukan aku.
untuk mengisi tiap kekosongan
waktu dan hari kau.

kau carilah aku semula ye.
aku sentiasa ada disini.
terpacak.
tak bergerak.

menanti kau hari-hari.
sampai nanti.
satu saat kau sendiri tebas aku
dalam jiwa kau.

masa itu
pastikan.
aku tertebas
hingga ke akar umbi jiwa kau.

agar nanti.
aku tak bisa
kembali lagi.

RaSa HaTi

aku pujuk tiap rasa yang bermain dalam hati.
aku diam.
aku pejam.
aku tahan tiap rindu yang menggunung ini.

berat.
memang berat.
sesak.
dah selalu dah.

makin lama.
makin tak terlawankan.
ini perkara serius.
bukan main-main.

bila kau letakkan
rasa itu nombor satu.
dari yang lain-lain.


parah.

Monday 3 December 2012

Bagai Di HiRis

hati.
dah kena siat.
dah kena tikam.
dah kena hunus.

dek.
bohongan itu.

sakit.
cuba kalau aku.
cerita dengan jujur
boleh je kau tau nak
cemburu bagai.

tapi.
kau.
masih buat senyap-senyap kan.
dia kata kau call dia.
kau kata kau nak call orang lain.
nombor pun lain kan.
nombor dia jeke yang kau ingat?

nampak sangat dulu.
dulu.
ye dulu.
kau rajin call dia kan?

lepas tue cakap kat aku
kau masih mahukan aku.

terima kasih.
aku taknak cakap banyak-banyak.
aku nak ucap terima kasih je.

teruskan lah hidup kau.
sebab aku tahu
kau takkan mahu peduli pun tentang ini.

*pujuk hati*

Thursday 29 November 2012

Banyak AlasaN

Haih.

susahlah nak bercakap dengan orang yang betul-betul
takde semangat nak hidup nie
banyak betul alasannya
ada je nak dibangkangkan nya
macam nie nak suh aku memujuk dia lagi?
memang tak lah.

orang duk la cakap kat aku
nasihat kat aku
suh bawak dia gi hospital
suh jumpa pakar
cuba pujuk elok-elok

gampang arrhhh!!
aku guna dah macam-macam cara
tetap ada je alasan dia
dah malas nak jumpa doktor
nanti paling koman pun
hospital bagi ubat banyak-banyak suh makan.
siap bagi contoh.
wehhh bapak aku tue dah tua la.
walau dah tua pun ada ke dia merungut bila kena
gi hospital? dia makan je ubat tue kan.
kalau dah boleh membantu dia untuk teruskan langkahan kaki tue

lepas tue kau nak samakan diri kau dengan bapak aku
bapak aku jatuh sakit bukan waktu usia macam kau.
bapak aku sabar tak baran.
kau? muda lagi dah cepat putus asa
tak thrill langsung.

lepas tue balik-balik
suruh aku faham kau
kau? ada faham aku?
kau macam hidup untuk diri kau sendiri je
kalau betul kau fikir tentang aku dan anak
tentu kau akan usahakan apa sahaja
untuk diri kau kembali pulih kan.
ke hospital contohnya.
makan ubat contohnya
nie tak kau biar penyakit kau
menguasai terus minda dan jiwa kau
lepas tue kau mintak aku faham kat kau
orang sekeliling simpati kat kau.

lepas tue gelak-gelak
boleh cakap suruh aku pandai-pandai sendirilah
pandai-pandai sendiri apa nie?

haih.
*bosan*

JanJI

Dia yang beria-ia dari mula
dia yang mulakan dulu
kata itu kata ini
janji itu janji ini
pada aku.


aku?
aku buat bodo je
sebab aku tahu
apa yang dia cakapkan tue
belum tentu akan tertunai
selagi belum sampai waktunya yang betul2 tertunai masa tue.


tiba waktu.
tepat sangkaan aku ----
kan.
dah cakap kan.



semua cakap tak serupa bikin.
jangan salahkan kondisi kau
aku bisa mengerti
bukan aku hidup dengan kau baru sehari dua


cumanya.
boleh tak kau takyah nak pujuk ke cakap ke lagi
pasal janji yang lain pulak
yang sudahnya nanti hanya tinggal harapan.


kau sedar kondisi kau waktu tue
tak perlu nak dihuraikan ---
kau memang dah tahu apa yang ada tinggal pada kau
jadi lainkali tolong jangan berjanji beria bagai.
sebab terang-teranglah takkan tertunaikannya pun.
bukan tak tertunai langsung
cuma belum waktunya dengan keadaan sekarang
cakap in sya allah . cukuplah--- kan?









jadi.
sekarang ada sape-sape
sudi teman aku
menonton wayang tak?
aku mahu layan mr.vampire aku..
sudah lama tidak ketemu.


aku rindu dia. the only one my edward cullen...
wuwuwuwuwuwuwu~

Wednesday 28 November 2012

RuGbi

semalam borak-borak dengan laki.
pasal rugbi adik dia join.
badan kecik, kurus tapi boleh main rugbi
kawan-kawan dia semua besar-besar, tough-tough
dia cakap dia tak pegang bola lama-lama
dapat je terus past. fuhhhh~

then malam tengok master chef
pegawai sukan terkeluar time tue
then dia cakap dia pegawai sukan
dan dia pemain rugbi wanita malaysia..
perghhhh!! aku kata hebatnya..

tiba-tiba.















laki aku menyampuk :










































































"bu, bu patut join rugbi nie, badan ibu sesuai, kalau ibu tolak orang perghhhhh mesti jatuh...."
*sungguh-sungguhh muka dia kan memberi aku semangat*






























aku?

"celah kangkang mana nak main rugbi, mintak kick boxing pun dia tak bawak-bawak lagi ke gym daftar nama, dandan suh join rugbi lak"
* jeling tajam *




























sekarang aku nak tanya.
wehhhh! laki aku perli ke sungguh-sungguh nie??
*confius*





Tuesday 27 November 2012

Jangan Mengharap

Mungkin dia dah mula terfikir yang hubungan atas atap itu tak membawa ke mana-mana
sebelum-sebelum nie pun kau dengan dia pun ada berfikiran yang sama kan
mahu menghalalkan tapi tak tahu bagaimana
bila nanti banyak pihak yang akan terlibatkan
terluka dan dilukai.

ye,
dekat sini samada kau atau dia yang harus mengambil keputusan dahulu
mungkin kau sudah tidak dimahukan dia.
mungkin hari-hari dia buat perbandingan antara kau dengan si dia.
siapa tahu kan?
mungkin dia hanya mahu menjaga hati kau yang sedang berduka
maka dilayannya kau seperti biasa dahulu..
sekadar menemani..
tapi lama-kelamaan mungkin dia pun sudah terasa yang buat apa diciptakan
lagi segala perasaan yang sudah terbukukan selama ini?
mungkin dia fikir buat apa lagi mahu dijaganya aku ni,
sedangkan pada waktu dulu---- *pause*

macam mana aku nak hilang kan rasa ini
kalau hari-hari fikirkan dia
kalau hari-hari mahu jumpa dia
ada masa cuba elak mcam mana pun dari tidak fikir tentang dia
rasa debar..rasa rindu itu tetap berlegar-legar dalam hati.?

bila tekad mahu hadir lagi dalam diri ini?
atau patut aku ikut sahaja langkahan ini?

satu sahaja.
aku tak mahu dah mengharap
kalau dia datang lagi aku sambut
kalau dia tak mahu lagi aku lepas sahaja.

*diam*

Friday 23 November 2012

Tebus Talak (Fasakh atau Khulu')

Apa itu tebus talak atau khulu'?


Tebus talak atau khulu' pada bahasa ialah cabut dan buang. Pada `uruf bermakna menghilangkan hubungan perkahwinan. Mengikut Sayid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah, khulu' yang dibenarkan hukum Islam berasal dari perkataan khala'a ats-tsauba, ertinya 'menanggalkan pakaian'. Ini adalah kerana perempuan sebagai pakaian lelaki dan lelaki sebagai pakaian perempuan.

Firman Allah s.w.t. : `Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamupun pakaian bagi mereka' (Al-Baqarah, ayat 187)

Khulu' juga dinamakan tebusan kerana isteri menebus dirinya dari suaminya dengan mengembalikan apa yang pernah diterimanya atau mahar kepada isterinya.


Definisi khulu' yang dipetik dari kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Wahbah al-Zuhaili :-


Mazhab Syafie : perceraian antara suami isteri dengan bayaran atau tebusan dengan menggunakan lafaz talak ataupun lafaz khulu'.

Mazhab Maliki : talak dengan gantian atau tebusan, sama ada tebusan itu daripada isteri atau orang lain, ataupun talak dengan menggunakan lafaz khulu' walaupun tanpa tebusan apa-apa.

Mazhab Hanafi : menghilangkan milik nikah yang memerlukan penerimaan isteri dengan lafaz khulu' atau yang seerti dengannya

Ulama Hanbali : perceraian antara suami dan isterinya dengan tebusan atau balasan yang di ambil daripada isteri atau orang lain dengan menggunakan lafaz-lafaz yang tertentu.


Dalil khulu' daripada hadith Ibn 'Abbas :

`Sesungguhnya isteri Thabit bin Qais datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, `Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya tidak mengaibkan akhlak dan agama (suami saya Qais), tetapi saya tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya menyebabkan saya melakukan maksiat (atau kerana kebencian yang bersangatan akan mendorongnya menzahirkan kekufuran supaya terfasakh perkahwinan)', maka Rasulullah bersabda, 'Mahukah kamu kembalikan kepadanya kebun (yang dijadikan maharmu)', isteri Qais menjawab, `Ya'. Kemudian baginda Rasulullah bersabda (kepada suaminya), `Terimalah kembali kebun itu, dan cerailah dia satu talak'

Berdasarkan dalil khulu' di atas, kita dapat melihat keindahan Islam yang memudahkan segala urusan hamba-hambaNya. Talak dikenali sebagai hak lelaki, manakala khulu' dikatakan sebagai hak isteri. Tetapi hakikatnya, seolah-olah khulu' itu dijadikan senjata oleh suami untuk menjadikan si isteri menderita dengan meletakkan suatu jumlah yang tinggi yang mana si suami tahu bahawa si isteri tidak mampu untuk menjelaskannya.

Kita boleh melihat suatu perbezaan yang nyata antara fasakh dan khulu'. Jika secara fasakh, pihak-pihak sama ada lelaki atau perempuan perlu membuktikan keburukan/kesalahan dan lain-lain perkara yang boleh disabitkan fasakh sebagaimana yang tercatat di dalam Enakmen. Melalui khulu', jika kita rujuk hadis di atas, wanita tersebut tidak menyatakan kesalahan atau aib suami, beliau hanya menyatakan bahawa beliau tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya, dan jika perkahwinan diteruskan mungkin akan menyebabkan beliau hidup dalam keadaan maksiat dan dosa. Dan Rasulullah s.a.w. membenarkan khulu' atas alasan wanita tersebut dan memerintahkan suami beliau menerima mahar yang dikembalikan dan seterusnya menjatuhkan talak.


*mungkin* kalau ini yang terbaik...

aku cuma terfikir
kalau satu hari nanti....

Thursday 22 November 2012

Yang Tertulis

Titisan airmatamu, getarkan rasa sakitku
bukan aku sengaja, pinta ini semua, tiada cara lebih sempurna
percayalah kasihku
tiada setia tak perlu untuk cinta tiada kan bahagia

tak sanggup untukku bayangkan, mencintaimu hanya menyakitkan
senyumanmu kan ku simpan dalam ingatan
hanya ini yang tertulis, untuk kita, maafkan aku sayang

tiada lain dihatiku, jangan kau fikirkan selalu
bukan caraku, aku bukan begitu
hanya haluan kita yang tak serupa
teruskan berjalan----terus
ku terpaksa membiarkan, namun ku kan berdiri
memerhati dikau pergi, hingga bayanganmu tiada lagi


Cukupkan aku

hurm...

rancangan Tuhan itu lebih baik dari segalanya
rezeki Tuhan itu sentiasa ada untuk kita.

moga segalanya mencukupi untuk aku dan anak ku.

hasbunaallahwanikmalwakil.

cukuplah Allah untuk aku.

moga-moga

ajari aku

Beautiful.

ajari aku tuk bisa
menjadi yang kau cinta
agar aku bisa memiliki rasa
yang luar biasa untukku dan untukmu--

ku harap kau mengerti
akan semua yang ku pinta
kerna kau cahaya hidupku... malamku
tuk terangi jalan ku yang berliku...

hanya kau yang bisa
hanya kau yang tahu
hanya engkau yang mengerti
semua inginku---

ajar aku untuk bisa mencintaimu

mungkinkah semua yang terjadi pada diriku
hanya engkau yang bisa mencintaiku

*pause*

Wednesday 21 November 2012

Anak

Bilamana kau punya anak.
mesti setiap saat kau tak henti-henti mahu menatap wajahnya kan.

ini dia.
satu-satunya.
yang memberi nyawa dalam hidup aku.

latest of  Annur Hana



pantang tengok kamera.wewewewewe~

bukan garanglahh

Susah.
susah nak difahamkan.
tapi aku nak kau tahu
kerja kita masing-masing berbeza
kalau kau memang tak sibuk.
jangan lak sangka kerja aku nie pun sama macam kau tak sibuk jugak.

serius.
hari nie, pagi-pagi kerja aku memang sedang membukit
semalam elok dah surutnya
pagi-pagi naik ofis sudah membukit tiba-tiba.
kena tahu aku bukan buat kerja jenis meleweehhh.
kalau betul aku tak sibuk, okay aku boleh layan kau anytime kau mahu.
tapi kalau aku kata aku tengah banyak kerja.
tolong faham---
itupun untung aku masih mahu pergi minum untuk hilangkan
rasa panas kat hati tengok meja bersepah.
itupun kalau tak fikir kau punya pesanan suruh aku amik jugak sarapan
walau dalam keadaan apapun ----- jangan harap aku baik hati nak pergi turun sarapan tadi.
itu masih belum cukup menyatakan perasaan aku pada kau ke?

sebab tue aku tak suka nak bukak apa-apa medan perantara waktu-waktu nie.
kalau masa aku sibuk, jangan harap aku nak buka.
itu bermakna memang aku betul-betul sibuk.

aku tak nafikan. kau memang peneman aku.
tapi tolonglah. hormati jugak keadaan ini.
pause---

tempat kau releks.sekurang-kurangnya lah.
orang tak kenal dengan siapa kau bercakap
kerja kau boleh lari-lari bila masa.

tapi kau kena tahu.
aku kat tempat mana
dan kau jugak harus faham
bagaimana tempat aku nie
dengan faktor orang-orang yang kedudukannya sangat dekat
dan kalau bercakap sikit pun--
memang nampak macam diaorang tak peduli
tapi. wehhhhh! aku dah berapa tahun duduk sini.
aku tahu la tiap telinga yang memasang dengar.

macam kau jugak bila tiap kali aku ajak lepak sana sini
kau pun cakap jangan buat hal tempat tak okay.
lepas tue kau nak gebang cakap aku berani cakap belakang je.
bukan kita 2 x 5 dan 5 x 2 ke?
lepas tue boleh pulak kata serik.
fine---

kau tahu tiap rasa dalam hati dan jiwa aku.
so itu pun mahu lagi bertanya saat keadaan tengah tak berapa nak clear ke?
takkan ko tak faham lagi kot tentang rasa aku?
dan kalau aku tiba-tiba diam dan nak hang out cepat-cepat tue
maknanya ada lah yang mendatang.

masih tak faham?
ke sengaja nak mengena?
biar orang tahu aku nie bersama kau?
kalau betul-betul nak terang-terang..
jom! kita sama-sama buat pengumuman!
boleh?

*cinta atas atap, awak tahu siapa awak kan?*

Tuesday 20 November 2012

Usia 29


My main hope for myself is to be where I am.

Penggenapan usia yang membawa aku kembali lahir, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan terus mencari yang hak. Semoga masih ada yang mahu menyintai aku dengan ikhlasnya,..sahabat, keluarga, Tuhan yang utama. Semoga aku terus redha, semoga aku terus tabah, semoga aku terus cekal, semoga aku terus kuat dalam meniti arus dunia ini. Semoga aku mampu untuk lebih ke hadapan..semoga aku terus mampu untuk merentas dunia..semoga Tuhan masih sudi bersama aku. Melalui Dia aku tercipta. Dengan rohNya aku hidup..atas izinNya jasadku bergerak..sememangnya aku milik DIA. Terima kasih Tuhan atas nikmat hidup selama 29 tahun ini. 


*sebak*

Monday 19 November 2012

Rajuk

Hati aku rasa pedih giler
bagai disiat-siat oleh belati
kenapa ye.
peneman sendiri masih bagai mahu membakar diri.
tak boleh ke mengerti apa yang aku sedang rasakan?
pada waktu-waktu sebegini.
aku perlu kamu dalam menemani tiap hari-hariku..

tapi sayang..
disebabkan hanya kerna status yang sebegini
bagai dimain-mainkan sahaja tiap rasanya aku.
tolonglah..
janganlah bila semata kerana itu,
kau sudah label aku nie macam-macam.
cuba letak diri kau dalam keadaaan aku waktu begini.
teruk mana pun teman jiwa kau tue
kalau orang bodoh-bodoh kan pasangan kau.
sikit pun.
sikit.
takkan tak terasa kot??


*diam*

Friday 16 November 2012

Doa

 
Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kita di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia..
 
 
kusut aku sekarang nie...
hati aku rasa kosong lahhh...
haih.
kenapa nie???
 
*nangis* 

Peneman

if two heart are meant to be friends
no matter how long it takes,
how far they go
how tough it seems,
fate will bring them together
to share friendship together...

thanks kawan, teman, sahabat...
yang sentiasa menemani tiap hari-hari ku..

fuhhh!! dalam hidup nie kalau kau takde kawan-kawan peneman
tiap suka duka kau...makanya memang ke laut lah kau jadinya...

bohonglah kalau kau kata kau boleh hidup sendiri tanpa bantuan apa-apa
dan dari siapa-siapa...
jangan tipu, saat kau berputus harap kau pasti perlukan seorang peneman
untuk menjadi pengubat di hati kau. pasti walau Allah sekalipun yang kau jadikan teman.


*peluk*

Tuesday 13 November 2012

95 kriteria Lelaki

hye..

happy deepavali.
dalam duk orang cuti-cuti nie
aku lepak ofis menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..
huhuhu~

apa-apapun tengah berehat-rehat nie kan...
ini mungkin boleh di pelajari atau diteliti untuk pengetahuan bersama kot.
supaya kita lebih mengenali seorang yang gen dia adalah lelaki.

check it out!



  • Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas. 
  • Lelaki benci kekasih di'ngurat'
  • Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  • Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  • "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  • Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  • Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  • Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  • Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  • Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  • Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
  • Lelaki juga boleh menangis!
  • Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  • Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  • Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  • Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  • Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  • Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  • Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  • Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  • Lelaki benci gay!
  • Lelaki sayangkan ibu mereka.
  • Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  • Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  • Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  • Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  • Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  • Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  • Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  • Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  • Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  • Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  • Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  • Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 
  • Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  • Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  • Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  • Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  • Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  • Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  • Lelaki berfikir terlalu banyak.
  • Fantasi lelaki tidak terbatas.
  • Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  • Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  • Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  • Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  • Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

p/s : agak-agak kamu, kriteria yang mana yang kena pada kamu eh? 

*senyum*

Monday 12 November 2012

Masih Di Sini


seandainya kau tau betapa ku sangat inginkan dirimu  
seandainya kau tau apa yang ada di dalam isi hatiku
akankah bisa ku nyatakan rasa cinta dalam hatiku 

dan apakah bisa ku nyatakan bahwa kaulah yang terindah untukku…
 
masih disini menantimu  

berharap kau akan memikirkanku  
masih disini menunggumu 
menanti jawaban atas cintaku
 

masih disini menantimu  
berharap cinta kita kan bersatu 
masih disini menunggumu  
menanti dirimu kembali untuk ku…

*diam*
 
 
dan...ketika kekasihku meninggalkan aku
ku tak tahu kemana dia telah pergi
tak tersentuh, tak terjamah, tak ku dengar lagi
namun aku masih tetap tersenyum..
nikmati hari-hari yang terindah bersama kenangan..

*tunduk merenung jalan*

SuraM

mimpikan dia lagi semalam.
tertunggu-tunggu
ternanti-nanti

hari ni.
dan hari-hari berikutnya
hidup aku kembali sunyi.

*sebak*

tak larat lah harini
mengalami tahap kronik
kepedihan sudut hati
dan ke diehaira an yang melampau.

dari jam 11.30 malam semalam
sampai la nie..
tak henti-henti lagi

teruskan juga bekerja
untuk hilangkan rawan di hati.

semoga segalanya yang terindah untuk dia
semoga allah melindungi hatinya untukku..
semoga allah melindungi tiap keadaannya dia
di waktu ini.

*pause*

Friday 9 November 2012

MimPi

kamu mungkin fikir yang aku nie kuat dan tabah.
tapi kamu takkan pernah tahu betapa aku telah gagal 
mempertahankan kegagalan dan kekuatan hati aku.
bila mana sejak dari mula lagi sampai sekarang aku masih mencintai kamu.

*pejam mata rapat-rapat*

aku bayangkan dia
hadir dalam tiap mimpi dan lenaku
menemani tiap malam-malam sunyi ku.
aku berbisik pada alam.
mengharap disampaikan pesan ku untuk dia.
aku berbisik pada langit.
mengharap diselimutkan dia dalam lena yang terindah.
aku berbisik pada bayu.
mengharap didamaikan hatinya
mengharap dilagukan batinnya
dengan alunan gemersik rinduku.

moga dia terus lena dalam setiap dakapan maya ku.

aku terus bayangkan dia
mengharap dia hadir dalam tiap hari waktuku
berjalan beriringan
berpimpinan tangan
bergelak tawa..bergurau senda
menutup tiap duka nestapa

menyusuri tiap jalanku
mataku bagai dihiasi wajahnya
tersenyum mengikut langkahanku

tapi.......
sayang....
kalau ianya...hanya mimpi...

haih.

*tampar pipi sendiri nak bagi jaga*

parah!


Thursday 8 November 2012

tentang seseorang

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik, walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur', 'Take Care',  'Good Nite' dan lain-lain lagi,walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,dalam cara yang berbeza, bukan 'aku CINTA padamu', tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu,kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar "jauh dimata, jauh dihati?"

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu dan merindukan kamu biasanya akan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
*tertanya-tanya masih ada yang sudi kah?*

Wednesday 7 November 2012

Kayu

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang popular.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

apa kaitan kayu dengan aduan aku hari nie eh?
ada! aku nak kaitkan kayu cengal nie dengan manusia.
manusia yang sifatnya serupa kayulah.

dicakap dibawa berbincang..diluah segala rasa
masih tetap tidak mahu mengakui.
masih tetap rasa dia itu betul
aku akui lah aku pun tak sempurna dan banyak buat silap.
aku akui silap aku..
dan aku dah cuba sebaik mungkin untuk berubah.

tapi susahlah kalau aku seorang sahaja yang akuinya
sedangkan dia sikit pun tetap tidak mahu untuk menerima kesilapannya juga.
dia tetap pertahankan pendapat dan rasanya.

susah la kalau EGO dah tinggi sangat serupa kayu.
dilontar, dilantun, ditenggelamkan..
masih tetap sama tak beranjak.
lagi-lagi cengal kan..tengoklah bahan awet dia apa. dan bahan awet manusia yang serupa kayu nie
adalah EGOnya yang sangat-sangat tinggi.
kau cakap mcamna pun,
kau guna cara apapun
lembut, kasar, baik, halus, kejam

dia tetap KAYU.

haih.

sampai bila???

*hantuk kepala kat dinding*

Tuesday 6 November 2012

Takluki Dunia

Aku tak tahu sampai ke mana dan
waktunya nanti bila..
tapi aku harap..
akan ada..
paling kurang mungkin sekarang dalam perancangan.
aku bajet dalam 2 tahun sekali aku akan pergi luar dari malaysia.

semuanya bila kaki aku berjaya melepasi sempadan malaysia.
ke korea.
ye, betul.
aku dapat pergi korea.
alhamdulillah.

jadi aku simpan anganan dan target.
untuk 2 tahun lagi.
aku mahu ke .......
europe.
kali nie pergi aku bukan seorang.
tapi harapannya bersama si anak.
hana.
satu-satunya.

suami?
aku tak boleh nak katakan ye atau tidak.
semua bergantung pada takdir tuhan.
ye. aku bergantung sepenuhnya pada DIA.

yang paling berhak ke atas aku.

*senyum*

Monday 29 October 2012

Bual Kosong

wehuuuuu~
lama tak update blog nie..
dari minggu lepas banyak je idea nak menulis dan bercerita
tapi kesibukan mengatasi segalanya..
lantas buat fikiran aku jadi beku

so harinie kita bual2 kosong jela eh.

pasal study.
makin lam makin sibuk
masuk semester kedua
hari pertama kuliah je dah macam2 assignment kena buat.
tue belum yang terdapat dalam iclass lagi .
kena jawab immediately.
then nak hantar pun kena ikut due
no more excused
adeh...teruk lak aku rasa semester nie
ada je pensyarah yang nak buat spoil tau.
tapi yang hakikatnya ada baiknya aku dipadatkan dengan segala
tugasan belajar nie.
kurang-kurang masalah dalaman aku, terlupa seketika.
sementelah aku pun dah buat keputusan untuk ambil sikap tidak peduli.

hidup nie terlalu indah untuk aku sia-siakan
sementara Tuhan masih mahu pinjamkan rohNya pada jasadku ini.
aku harus tenang menempuhinya..
moga-moga satu hari  nanti bahagia akan datang.

Soal Kerja.
Oh ye..baru-baru nie aku dapat interview untuk jawatan baru
sesuai berdasarkan kepada kelayakan aku.
alhamdulillah..kalau tahun sebelum nie aku tak dapat peluang untuk ke 2nd interview
tapi tahun nie ada peluang dari Nya.
aku dengar2 dari 6 kekosongan telah ditambah kepada 10 kekosongan.
interview kedua seramai 27 calon yang terlibat.
harap2 dalam 10 kekosongan tue terselitlah nama aku.
insyaAllah..serahkan segala pada DIA.
"allahummarabbi yassir wala tu'asir, rabbi tammim bil khoir"

Hidup.
aku takkan putus asa
aku  mahu teruskan langkahan
sampai  satu ketika nanti
Tuhan suruh aku untuk berhenti.

*masih cuba untuk tersenyum*

sebelum ku akhiri warkah ini. aku titipkan cinta hati aku. yang mana aku bernafas hanya untuk dia.

 waktu untuk mengisi tenaga - penat lari-lari kejar kucing

 time nie hana sedang menafsirkan sesuatu sambil memandang ayah. huhuhu

smelly..dia pupu la... ;)