Thursday 27 December 2012

KhiLaF

Tiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan kan..
dibezakan hanya dengan silap itu besar atau kecil.

seperti aku sekarang.
tak pernah culas dari melakukan kesilapan.

namun.
lari jatuh bangun aku sekalipun
Dia tidak pernah lupa untuk memimpin aku
hingga ketemu jalan keluarnya..

aku selalu berdoa
agar aku terus diketemukan dengan jalan yang terbaik
untuk aku terus melangkah..
aku selalu bedoa
agar aku diketemukan dengan setiap penyelesaian.
dimana tiap salahnya aku. Dia sudi membantu.

aku khilaf.
tapi bila aku tersedar
mohon pada Dia
agar dipimpin dan dicarikan jalan keluar.
Dia membantu tanpa diminta balasan apa-apa.

aku khilaf.
ampuniku Tuhan yang satu.

*nangis*

Friday 21 December 2012

Cuba dImENGERTIkan aku Ini

aku milik orang
dan kau juga milik orang
kita bersama cuma atas satu sebab
atas rasa itu
rasa yang dulu itu----

dan aku akui atas tiap dugaan yang menimpa aku
tapi aku nak kau juga ketahui atas sebab apa kita bertemu kembali
bukanlah di sebabkan dugaan yang sedang aku hadapi ini.

aku masih ada tanggungjawab
walaupun ianya hanya sebelah pihak saja
walau perasaan itu tiada
tapi keinginan untuk bersama itu tetap ada.
biarlah..biar hanya di sebelah pihak saja
biar betapa aku rasa ke tidakpuasannya itu
biar betapa aku rasa hanya aku sahaja yang mencuba
tidak di pihak dia.
biarlah ....

dan kau juga punya tanggungjawab
bezanya kau lakukan dalam keadaan dua-dua pihak mahu
dua-dua pihak cinta, dua-dua pihak kasih, dua-dua pihak sayang
dan dua-dua pihak rasa kepuasannya.
dan soal yang lain-lainnya itu kau sendiri faham kan.
sebab apa kau sendiri tidak mahu itu ini.
kau sudah dewasa, kau sudah berubah, kau sudah matang
makanya pasti kau fahami sendiri.

lantas, mahu apa dimarahnya aku lagi
semata-mata aku yang baru mencuba ini?
terus terang secara jujurnya,
perasaan aku yang sedang aku rasakan ini, bukan semata kerana itu.
bukan kerana itu aku mendekati kamu.
tidak sama sekali.
demi Tuhan yang mencipta tiap perasaannya makhluk dibumi ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap nafsu makhlukNya didunia ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap rasa kasih dan cinta pada setiap makhluNya dialam ini
dan demi Tuhan yang mencipta fitrah pada tiap hati hambaNya disemesta ini.

aku tak minta simpati
dan aku tak minta kamu semata kerna itu.
cuba lah mengerti
dengan hati yang tenang dan jujur..

aku tak meminta tiap simpati kamu bagi masalah aku ini.
aku hanya minta peneman yang sudi bersama aku.

p/s : terpulang pada kamu sekarang sayang. teruskan atau tidak ...itu hak kamu.

Wednesday 19 December 2012

KE MaNa MengHILANG??

tak tahu mana dia pergi
samada benar-benar kesibukan
atau memang sudah tidak mahu.

berjauh hati aku dibuatnya.

haih.

sabarlah.

Tuesday 18 December 2012

DaH tak SuDI

mungkin.
mungkin dia sudah tidak sudi lagi sama aku.
banyak urusannya.
tak mengapalah.
pergi jauh terus.
jangan datang kembali.

aku mahu lari
bawa diri laju-laju
sampai satu hari
kau datang menjemput aku.


sobsob.

Monday 17 December 2012

PuT tHE blame On ME

Kau tahu aku terlalu sayangkanmu
Kau tahu aku selalu perlukanmu
Kau tahu ku takkan pernah tinggalkanmu
Kerna itu kau sering cari salahku
Tolong sayang ku pinta jangan begitu
Tak sanggup everyday bergaduh denganmu
Tolong baby ku pinta kau fahamiku
Ku tiada yang lain selain dirimu

I understand there is some problem
And i not to plan to know
All the pain i kept inside me
Eventhough you might not see
If i can apologize for being wrong
Then it just the shame on me
I'll be the reason for your pain

And
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me

Ku akui ku ramai kawan lelaki
Namun tak pernah sekali ku mungkiri
Hanya kau yang satu kau yang di hati
Janganalah kau cemburu dan menyendiri
Kau marah2 aku tak kira masa
Ku diamkan diri seribu bahasa
Asalkan bergaduh ku saja mengalah
Oh baby2 please aku lemah

And you can put the blame on me
Even though the blame on you
Even though the blame on you
Even though the blame on you
I'll take that blame from you




*adakala mengalah itu jugak jalan yang terbaik*

BoWLING

walau apa pun orang cakap.
sahabat sejati tue tetap setia selamanya.

melatih anak main bowling
mana tahu satu hari nanti kan.

*senyum*

 nampak tak cara dia pilih bola?? orang nak main dia pun sibuk.

sweet time.

Friday 14 December 2012

KeNanGaN

Tiap orang yang sedang bercinta pasti ada lagu-lagu kenangan mereka sendiri kan.
Begitu juga aku dan juga dia. Untuk aku, lagu ini yang aku sering laungkan bila sedang
mengenangkan dia..

Walau aku tidak pasti, dia masih ingat atau tidak. Tapi untuk satu cinta di satu ketika yang dulu..
inilah dia...

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

dan aku harap lagu ini terusan hingga ke sini.
itupun kalau si dia masih sudi.
walau hanya di atas atap sahaja sekarang.
huhuhuhu~

Thursday 13 December 2012

SeNyaP

kalau dengan kesenyapan itu
mampu memujuk hati aku
untuk mengetahui yang kau benar-benar
cintakan aku.

aku sanggup.
untuk terus bersenyap
sampai bila-bila.

asalkan.
ianya mampu buat kau
terus dekat bersama aku.

Aku ingin ikuti kata jiwa hati remaja
Aku sedang rindu pada malam ku bersamamu
Kalbuku mengerang norma-norma hilang
Yang ada hanya rindu

Aku tak bisa jelaskan mengapa bisa begini
Aku selalu terdengar suara-suara yang merayu
Rangkaikan hatiku bersamamu
Di malam ini ku ingin

Aku hanya ingin mencintai
Aku hanya ingin dicintai
Walaupun banyak yang menentangku
Ku hanya ingin bahagia
 

Wednesday 12 December 2012

Kalau Lah

♥ kalau lah semua lelaki boleh tersedar akan ini...betapa indah hidup suami isteri tue kan.. ;)

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”
*aku cuma nak ucap terima kasih kalau memang ini cerita dari luahan seorang yang bernama lelaki*

LemBik

tak perlu cakap banyak-banyak.
untuk menegakkan apa yang kau rasa kau betul.


cuma satu.
aku nak nasihatkan.

jangan jadi lelaki lembik.
kau lelaki.
kau perlu kuat
kau perlu gagah
kau perlu bangkit
dari setiap sakit yang sedang kau rasa.

bukan dengan memaki
bukan dengan merapu.

tolong.
aku benci lelaki lembik.
yang sering kali harapkan
mati sebagai penyelesaian.

hidup
kalau kau tak pandai nak menghargai
masalah
kalau kau tak pandai nak selesaikan

jangan jadi manusia
yang bernama lelaki.
jangan jadi ketua keluarga.
jangan jadi pemimpin.

sebab kau dasar lembik.

ego je lebih.
tapi.
satu hapapuntakboleh.


*tepuk dahi*

SimPaTi

orang duk letak kasihan mereka pada kau.
tengok kau dengkot-dengkot
tengok kau menahan sakit.

kan ke doktor dah cakap
apa-apapun salah satu jalan penyelesaiannya
adalah dengan ubat.
mahu atau tidak.
ubat klinikal tue perlu.

tapi kau.
kau tetap taknak
kata kau nanti banyak kesannya di kemudian hari.
kalau ada ubat tradisional
tapi akan ada kesan sakitnya dulu dan kemudian baru hilang.
pun sama kau tetap tidak mahu.

kemudian kau mintak aku faham kau banyak-banyak.
kau nampakkan macam aku ni bersalah sangat pada kau.
kau nampakkan seolah aku ini tidak pedulikan kau.
dan paling kau nampakkan seolah-olah kau harus disimpatikan
akan sakit kau.

tapi aku?
perasaan aku.
hati aku.
jiwa aku.

siapa mahu peduli?
siapa mahu kisahkan?

kau sangat-sangat pentingkan diri sendiri sebenarnya.
cuma kau tak pernah mahu mengaku.

terima kasih.



bila-bila

bila-bila
nanti.
kalau kau rasa kau perlukan aku.
untuk mengisi tiap kekosongan
waktu dan hari kau.

kau carilah aku semula ye.
aku sentiasa ada disini.
terpacak.
tak bergerak.

menanti kau hari-hari.
sampai nanti.
satu saat kau sendiri tebas aku
dalam jiwa kau.

masa itu
pastikan.
aku tertebas
hingga ke akar umbi jiwa kau.

agar nanti.
aku tak bisa
kembali lagi.

RaSa HaTi

aku pujuk tiap rasa yang bermain dalam hati.
aku diam.
aku pejam.
aku tahan tiap rindu yang menggunung ini.

berat.
memang berat.
sesak.
dah selalu dah.

makin lama.
makin tak terlawankan.
ini perkara serius.
bukan main-main.

bila kau letakkan
rasa itu nombor satu.
dari yang lain-lain.


parah.

Monday 3 December 2012

Bagai Di HiRis

hati.
dah kena siat.
dah kena tikam.
dah kena hunus.

dek.
bohongan itu.

sakit.
cuba kalau aku.
cerita dengan jujur
boleh je kau tau nak
cemburu bagai.

tapi.
kau.
masih buat senyap-senyap kan.
dia kata kau call dia.
kau kata kau nak call orang lain.
nombor pun lain kan.
nombor dia jeke yang kau ingat?

nampak sangat dulu.
dulu.
ye dulu.
kau rajin call dia kan?

lepas tue cakap kat aku
kau masih mahukan aku.

terima kasih.
aku taknak cakap banyak-banyak.
aku nak ucap terima kasih je.

teruskan lah hidup kau.
sebab aku tahu
kau takkan mahu peduli pun tentang ini.

*pujuk hati*