Thursday 30 August 2012

Bila Anak Dara dah pandai Bergaya

Bila anak dah pandai bergaya kan...

mcam nie la jadinya..

kan main lagi se tecit nie..pandai lak tue senyum2 simpul camtue..

huhuhu~

Hana.

hanya dia setakat ini permata hati aku.
dia yang begitu banyak keletahnya
cakap pun mcam2..
ada masa jelas
ada masa ntah apa bahasa dia guna pun aku tak faham
tapi tiap kali dia  cakap tue rasa comel sangat..comellllllllllllllllll sangattttttt..
heee.

Tuesday 28 August 2012

Raya

assalamualaikum...

dah masuk syawal.
sana sini semua duk cerita kemeriahan syawal di tempat mereka.
situ sinun duk upload gambar kat FB atau instagram
masing-masing berbaju baru ...cantik-cantik belaka.
aku pun.

aku pun sama. heee~

cuma bezanya sedikit
raya aku kali nie dengan suami yang tidak boleh bangun.
dan tidak berbaju melayu seperti kebiasaan semua umat islam lakukan dihari raya pertama.
raya kedua pun begitu.
lantas yang ada ..
ku pujuk hati. ku alpakan seketika kesedihan dan ketidakadilan yang tercetus dalam hati.
aku teruskan .
memeriahkan raya bersama hana dan keluarga.

terfikir-fikir juga.kenapa setiap kali bila tiba dikampung
mesti ada yang tak kena.
kenapa bila di rumah sendiri, okay je.
haih!

nasib badan.
kupendamkan sebuah duka.

anyway takmo sedih2lah..
jom layan gambar..
weeehuuuuu ;)
abah dan mama ~ aku selalu doa syuga tempat mereka bila tiba masanya. aminn.

 adik beradik ipar duai ~ moga kita bersama selamanya

 keluarga besar (sebelah mama) 

 my sista in law - bahagia punya mereka

 atok nenek bersama cucu-cucu (tak best sebab tak cukup korum. hero tarak mau bergambar) huhu
 gambar keluarga (ye jangan ditanya suami ku kemana)
 sepupu sepapat
 ini gambar candid tapi yang paling menarik~

 family ;)

permata hati bonda

Friday 17 August 2012

Idulfitri

alhamdulillah.
sudah nak masuk syawal.
tapi hati aku masih ada rasa hiba.
mengenangkan ramadhan yang makin berlalu.
mengenangkan ibadat-ibadat yang masih belum sempurna
mengenangkan amalan-amalan yang masih belum mencukupi.
sempatkah aku menemui ramadhan yang akan datang nanti?

aku harap aku masih punya waktu.
untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini.

syukur.
diam tak diam kan ahad nie dah nak raya.
tahun nie bestnya beza lah sikit dari tahun-tahun sebelum nie.
bila hana dah pandai berjalan dan bergaya.
baju raya untuk dia je sudah berbelas-belas pasang.
murah rezeki dia ...sama seperti maksud pada nama dia sendiri.
alhamdulillah.

kesempatan ini, aku ingin memohon maaf pada semua.
pada Tuhan pencipta aku, ku mohon pada Mu berikan aku kesempatan
untuk merasai lagi ramadhan yang akan datang dengan hati yang lebih bersih
jiwa yang lebih sinar.
namun aku syukur ..masih mengingatiMu sepenuh masa. namun sifat manusia
begitu lemah dan naif. ada masa amalan buat ada masa amalan dipandang enteng saja.
ampuni ku ya Allah...

pada keluarga dan kawan-kawan
moga puasa kita diterima Allah yang satu.
moga syawal makin berseri-seri dengan warna-warni kasih sayang sesama kita.

enjoy your raya okay.. ;)

sampai ketemu lagi. aku cuti seminggu tau.

*peluk ketat-ketat*

Thursday 2 August 2012

Lemah

puasa nie buat aku ketandusan idea untuk bercakap.
untuk meluah..semuanya hanya bermain dalam hati je kengkadang.
haih lemah betul jiwa aku nie kan..
solat pun lintang pukang.
sedangkan aku tahu yang malaikat maut tue duk hari2 Tuhan
suruh dia ikut kita sepanjang masa. tunggu sahaja arahan Tuhan
bila sampai satu masa Dia mintak semula roh yang Dia pinjamkan itu
dari kita semula maka sepantas kilat malaikat maut akan tarik roh kita itu
keluar dari jasad.
mak aihhhhh!!! takut.
seram, seriau.

tidak dinafikan aku juga manusia yang lemah
yang masih punya dosa2 yang ntah terampun ataupun tidak.
aku harap Tuhan sudah ampunkan dosa2ku..
di saat ajal menjelang tiba ke dalam hidupku.
aku mahukan syurga
aku dambakan bidadari-bidadari syurga melayaniku.

aku harap sangat. Tuhan tidak menghukum ku..
ya allah.
ampuniku.