Tuesday 29 January 2013

RaNap.

dah nak masuk bulan februari pun
tapi baru nie aku dapat menaip?
haih.
sebenarnya hati dah semakin ranap.
remuk dendam dek melayan kerenah birokrasi dalam pekerjaan.
kali nie aku betul-betul tak tertahankan.
ntahlah.
terasa amat-amat kehilangan.
kenapa pengurusan boleh begini.
lantas aku bawa diri
bercuti merehatkan minda dan tubuh.

tapi.
balik semula ke pejabat
baik otak, hati mahupun minda
makin berserabut dan berkecamuk.

dengan tiba-tiba
loan rumah ada sahaja penghalangnya.
ya tuhan,
aku benar-benar mahu meminta kali ini
permudahkanlah semuanya tuhan.
untuk hamba Mu ini.
yang mengharap
untuk punya tempat berteduh lengkap dengan segala kemudahan
dan kelengkapan untuk membina hidup bersama keluarga sendiri.
ya Tuhan.
bantulah kau permudahkan semua
izin kan aku Tuhan. merasa untuk punya tempat berteduh sendiri.
aku harapkan kemurahan rezeki yang benar-benar kali ini.

**************************************************************

aku sedih.
bila kak zaza
kakak yang selama ini menjadi pegawai aku.
menjadi tempat rujukan aku
menjadi tempat aku berkongsi idea
satu-satunya orang yang mahu pertahankan kakitangan bawahannya
yang sudi menerima pendapat orang bawahannya
tanpa mengira kasta.

dan tiba-tiba
mungkin atas kelancangannya
dalam berbicara..
dalam tak sedar
diam-diam..
surat pertukaran yang telah lama dihantar ke perjawatan - tahun 2011
tahu-tahu diluluskan.
dengan sadis dengan keadaan yang terlupakan
dan tidak tersediakan.
dan paling bagus..dengan pihak pengurusan yang tiada tegasnya langsung
dan bercakap hanya ibarat melepaskan batuk di tangga
tapi hakikat satu habuk pun tiada.

huh! aku dah muak punya pengurusan sebegini.
aku nak lantangkan sahaja.
untuk membina dan membentuk produktiviti yang terbaik
kepimpinan KETUA haruslah yang  terbagus di antara yang paling bagus
ini kalau KETUA sendiri dah kelaut. hanya mendengar dan mengiakan
bagaikan lembu dicucuk hidung. tanpa ada sedikit pun kemahuan untuk mempertahankan
tiap haknya yang berwibawa.
dibiarkan sahaja begitu..di janji bagai tapi hampa.
aku betul-betul ralat
bila tiada usaha yang ditunjukkan.
yang dijanji hanya dengan air liur sahaja
tapi tiap hasilnya tak ternampak langsung.

so??
untuk apa KETUA yang sebegitu
bukankah dia patut disingkirkan.
dari terus menjadi KETUA yang menyesatkan
ribuan anak-anak kapalnya??


aku memang sedang ranap.

maka aku ambil keputusan.
diam tak bererti aku lemah
penat sudah aku suarakan
tapi tidak sikit pun yang didengar...

tak mengapalah
kita tunggu dan lihat jela.
apa pun yang terjadi nanti
biar teruk kali ni prestasi yang aku dapat.
tapi diaorang tak tahu betapa teruk hati yang sedang terguris.

haih.

Friday 11 January 2013

RuMAH

Rumah.
Tempat berteduh.
Tempat untuk melepas kan lelah.

sape yang tak mahu rumah kan..
bagi orang yang sudah berkeluarga macam aku nie
rumah adalah faktor utama untuk aku terus membina kehidupan keluarga aku sendiri
tanpa campur tangan pihak luar.

tapi itulah.
mungkin Tuhan masih belum mahu mengizinkan
untuk aku memiliki tempat berteduh itu.
aku tak minta banyak Tuhan
cukup apa adanya keperluan dalam isi rumah itu.

itu sahaja.
benarkan aku berdikari.
mempelajari dan memanfaatkan segala amanahmu
di dunia ini.


mohon tuhan.
cukupkan aku.

hasbunallah wanikmal wakil...

Monday 7 January 2013

ExAM & 2013

huh,
la nie dah masuk musim final.
masa menulis nie aku dah 2 paper selamat.
mula 3hb yang lepas then 5hb.
sekarang hanya tinggal satu lagi paper 17hb nie...
lamanya gab. tapi takpe la kurang-kurang ada masa aku mahu study.

hurm....
hati aku sunyilah.
ntahlah.
susah nak cakap. sebenarnya banyak yang nak dihuraikan.
banyak benda yang bermain dalam kepala
sampai badan sakit-sakit.
kepala pun migrain.

haih.


walaupun dah seminggu jugak kita berada di tahun 2013
tapi aku rasa masih sempat untuk aku membuat azam dan memasang impian.

takde apa pun yang diangankan
aku cuma bermohon agar aku lebih dekat dengan pencipta aku.
aku masih harap agar tahun 2013 ini memberi perubahan yang positif dalam kehidupan aku.

dan aku harap aku berjaya merubah laluan kerjaya aku sendiri.

amin..


dan aku masih rindukan dia.
*nangis*

aku harus tahankan juga.
tak perlu nak semak2kan lagi fikiran nie kan.
aku mahu releks dan tenang...

moga-moga..