Friday 27 July 2012

Halfday

harini aku halfday
nak gi mencari ketenangan.
haha sebenarnya nak merelekskan diri.
tenangkan fikiran
lega-legakan badan.
huhuhuhu~

temujanji jam 2 tapi dilewatkan sedikit ke jam 3
so nanti-nanti sat gi baru pergi.
apa nak buat time nie?
apa susah..game kan dah menanti.

jom sambung main!.

Diam











nak dipendam memakan diri.
nak diluah terasa menghina.
maka diam sahajalah.
haih.

Wednesday 25 July 2012

Terkehel & Result.

Salam.

alhamdulillah..
harinie dapat menunaikan ibadah puasa.
nikmat tak terperi.
lapar dan dahaga tak terasa pun
maha suci allah
moga-moga puasa tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..

semalam mc..
laki bini mc
laki aku kena gout
aku lak adehhh belikat terkehel
tak pasal-pasal sakit leher dan tengkuk.

syukurlah harinie dah rasa much more better than yesterday.
huhuhu

dan cerita yang best sekali.
mmg ku panjatkan kesyukuranku pada MU Ya Allah
result exam aku dah dapat..
cuma tak dipublishkan lagi ke website.
alhamdulillah...aku lulus semua
dan berjaya dapat 3 pointer.

Ya Tuhan.
terkejut aku tau
tak terjangka.
bahagia rasa.
bila takde yang kena repeat
sebab aku jawab ntah apa2 ntah.
mujurlah...

kalau nak diikutkan semester 1 degree result dia lagi bagus dari diploma haritu.
syukur sangat-sangat.

moga-moga berlanjutan hingga ke pengakhirannya

Allah merahmati aku untuk belajar
Allah merahmati kalian-kalian yang mendoakan.

*peluk ketat-ketat*

Monday 23 July 2012

Gusar.

gusar.
ye tika ni hati aku memang rasa tak best
kekangan pada kewangan...
lagi-lagi nak raya nie kan.
duit yang ada ngam2 soi

sedihlah.
aku harap Tuhan boleh cukupkan rezeki untukku
aku nak gi sangat korea
aku dah bayar pun deposit
kasilah aku pergi.

tapi kalau pergi takde wit belanja
tak best gak kan
so harap2 adalah wit belanja.
sedih la aku.

bukan sedih.
tapi gusar..
sedih.
ntahlah tiba2 rasa nak menangis.
sedih sangat-sangat.
haih.

Tuhan
aku betul-betul mengaharapkannya.
bantulah aku.
cukupkan rezeki untukku.

memang aku gi gamble jela nanti
harap2 Tuhan mendengar.

Berpuasa

Alhamdulillah.

puasa dah masuk hari ketiga.
indah tak terperi.
cuma bezanya..yela hari pertama n kedua puasa jatuh hari cuti sabtu dan ahad.

masuk hari ketiga nie ..alahaiii di tempat bekerja.
walaupun aku sedang 'bercuti' dari berpuasa.
namun kesunyian dan keletihannya tetap terasa.

lagipun mana ada makan apa2 tadi
sahur pun tidakkan.huhu.

so pagi nie memang sedikit mengantuk.
sib keje pun takde yang membebankan sangat.
so jadi slow motion jela dia.

apa-apapun.buat sahabat-sahabat yang berpuasa.
teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

ingat jangan seronok menahan lapar dan dahaga je
kena renung-renungkan jugak maksud disebalik menahan diri
dari lapar dan dahaga itu.
dan ...bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja yang dipuasakan.
tetapi yang lain-lain juga.

elakkan pembaziran waktu berbuka
mantapkan lagi iman dan taqwa
moga-moga Allah memberi pahalaNya untuk kita.

aminnn..

Friday 20 July 2012

Minyak wangi

perghhh..

harinie banyak giler update.
takde kerja la tue.
kehekhekhehkhe...
ada je kerja sebenarnya.
tapi memandangkan bos kecik takde, bos besar pun takde.
so releks-releks je sudahlahhhh..heeee

so nie nak tunjuk minyak wangi yang member ofis aku jual untuk umah dan kereta.
boleh guna lah..tomey je..bau pun sedap tau.
haritue member aku beli then letak kat ofis
wangi bau dia....

murah pun murah..
rm10 je pun satu. tahan lama katanya.
balik nie satu kasi letak dalam bilik.
satu lagi kasi letak dalam kereta.
 aku pilih pewangi tutti frutti dengan pomelo.
;)
weeee~~


Pengat Dorian

Yezza.
dari haritue nak sangat makan dorian nie..terbayang-bayang keenakan pengat durian.
uihhhhh..sedapppppppppppppp sangattt..

so memandangkan semalam ada pasar malam kat umah
pagi-pagi sebelum gi kerja dah bagi wit kat mama siap-siap
mintak abah belikan durian dan buatkan pengat durian.
nak makan sangat-sangat.

alhamdulillah.
balik je sampai umah semalam. terus terbau durian.
pe lagi, langkah kaki terus menuju ke dapur la kan.
burppppppppp kenyang sudeyyyy ;)


Bising.

Bukan nak cakap apa.
tapi itulah.
ada masa kita nie kan..
beragak-agaklah kalau nak bermesra tue
bosanlah kalau dah sik 24jam dia gak nak bercakap
atau mendengar kau je yang cakap.
memang bosanlah jadinya.

memang semua cerita akan ada sangkut paut dengan kisah kau.
bosan lah.
bosan.
bising pun ye.

haih.

Ramadhan


Esok dah puasa.
alhamdulillah..
bertemu lagi dengan Ramadhan.
Moga akan terus ketemu pada tahun-tahun akan datang.

Ya Allah
Mudah-mudahan Ramdhan tahun ini
aku menjadi seorang hamba yang lebih baik
dalam kehidupan ini.

Ku mohon bimbingan dan lindungan dariMu..
moga-moga Ya Allah.

moga dapat ku lalui ramadhan ini
dengan baik dan lancar.

aminnnn.

masuk kali nie..ini yang ketiga kali aku berpuasa
sebagai seorang isteri. dan kali kedua sebagai seorang ibu.
dulu waktu puasa mak aihhhhh kena time awal kehamilan
memang cabaran dan dugaan.
kelaut jugak la adakalanya.
lagipun doktor pun tak bagi puasa sangat sebab baby in progress kan
so perlukan banyak vitamin dan sumber-sumber makanan.
huhuhu..alhamdulillah allah mudahkan semuanya. hana membesar dengan baik
mudah-mudahan biarlah sampai dia dewasa kelak.

masuk ramadhan yang kedua. sudah ada hana.
tapi masa tue hana boleh dikatakan baby lagi.
baru berapa bulan je kan. waktu tue dalam 5 bulan camtue la
so tak lasak sangat. merangkak pun jatuh-jatuh lagi.

tapi kali ni..ha siaplah..si hananotnet nie sudah melangkah jauh
lasak kan main lagi.
dah setahun 3 bulan kan. bestlah raya tahun nie.
dia dah dapat kaki orang kata kan. dah leh jalan laju-laju.
mesti best raya tahun nie.

mudah-mudahan semuanya berakhir dengan kebaikan dan keceriaan
sepanjang ramadhan ini.

salam ramadhan.
selamat berpuasa sahabat maya! ;)

nah kasi tunjuk sikit siapa annur hana mohd rudwan nie..huhuhu

Thursday 19 July 2012

Hujan.

Pagi-pagi lagi waktu subuh.
sedangku mandi hujan pun turun
selebat-lebatnya..
betul2 membersihkan segala kekotoran yang ada dimukabumi Allah ini.
Alhamdulillah..
moga-moga bersihla ia.

Yang bestnya, masa nie lah nak manje-manje ngan suami
pergi kerja naik motor.
dengan baju hujan yang ada, kerempitan lah kami berdua-duaan.
sejuk. best ada suami. boleh peluk-peluk. ;p

aii syukeeeeeeee...hikhikhik.

Wednesday 18 July 2012

Al-fatihah

Innalillahiwaiinailaihirojiun...

sesungguhnya hanya kepada Allah asal kita dan kepada Allah jualah kita kembali.

baru sebentar tadi, aku dikejutkan dengan kehilangan seorang insan, kakak kepada
seorang sahabat aku sejak dibangku sekolah.

memang sewaktu berkelah dengan sahabat-sahabat yang lain, ada diaorang bercerita
berkenaan kakak si sahabat ini. kakaknya disahkan menghidap tumor tahap keempat.

telah dibuat kimoterapi semua. cuma sekarang sudah sampai waktunya dijemput Tuhan.
ku harapkan agar sahabat dan keluarganya berada dalam keadaan tabah dan sabar menghadapi ujian Tuhan.

dalam masa beberapa hari kita menunggu ramadhan yang mulia..perginya seorang insan yang
disayangi dalam keluarga ini.

sama-samalah kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat allah.

alfatihah.

Alhamdulillah

Syukurlah.
Subhanaallah
walhamdulillah
walailahaillallah
waallahuakhbar..

akhirnya..
bakti arjuna fitri
anak kepada fynn jamal
selamat dibedah.
keadaan baby setakat ini masih belum dapat disahkan.
moga-moga..juna cepat sembuh.
moga-moga juna pulih
menghilangkan tangisan ibunda tercinta.

sahabat
mohon didoakan lagi
agar anak itu mampu bangkit
dari kesakitan yang dialami.

mohon didoakan lagi
untuk ibu anak ini dan keluarganya
agar terus sabar dan tabah

ya, aku mungkin bukan siapa-siapa pada mereka
tapi aku kira tak salah kalau aku terusan mendoakan mereka
atas rasa seislam.
atas rasa belas.
atas rasa seorang ibu.

Ya allah, lindungilah anak kecil ini.


Hati Tersentuh

Semalam.
Menyelak lembaran mukabuku. mengintai-intai teman-teman mukabuku.
hati tersentuh. bilamana dapat tahu seorang teman di alam maya
yang aku sanjung dan hormati..seorang kakak yang dianggap oleh semua orang
seorang kawan walau tak pernah bersua. seorang manusia, seorang perempuan
yang sangat-sangat indah sikapnya merayu mengharap pertolongan teman-teman
alam maya yang lain membantu dia menyelamatkan anaknya yang sedan menghadapi jantung berlubang.

aduh. anak itu baru berumur 1bulan lebih. kasihan sangat.
menitis airmataku. membaca kisahnya dan pengharapannya
memerlukan wang kos pembedahan sebanyak rm35k.
sekejapan. dalam masa 24jam setelah diduga dengan berbagai cubaan
alhamdulillah..pagi ini anak itu akan dibedah. wang sudah mencukupi.
telah dipuasakan dari susuan sejak jam 4pagi lagi.
apa lah yang dimegertikan oleh anak kecil itu. yang hanya tahu lapar dan dahaga. mengharap
si ibu memberinya makanan. apa lah runtun jiwa si ibu melihat anak nya menangis mahukan
susu..aduhhhh...pembedahan harus disegerakan sebelum jantung membengkak. luluhnya hati ku kalau di fikirkan tentang seandainya tempat ku disitu. pasti air mata tiada hentinya mengalir.

mungkin aku tidak mampu dari segi wang ringgit..tapi apa yang aku mampu doakan keselamatan anak itu.. moga ada tempatnya di dunia ini. mengingati sang ibu yang bertahun-tahun menunggu cahaya mata.. akhirnya dikurniakan ..direzekikan anak ini untuknya walau bukan dari rahimnya sendiri..namun sayang dan kasihnya melebihi segala.

ku mohon ..sahabat-sahabat yang ada...
bukan wang ringgit jadi taruhan
cuma..kalau ada simpati..
mohon sedekahkan al-fatihah untuk si anak arjuna bakti fitri
moga pembedahannya selamat.
moga dia kembali ceria
moga ibu dan ayahnya bahagia.

tak mintak wang ringgit
mohon doanya sahaja.

terima kasih.

Allah telah memberitahu melalui firmannya dalam surah Al-Baqarah: ayat 155-156 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami lah kami kembali.....”

dodoi ini mummy tubuhkan sebelum juna tiba ke rangkul mummy.
begitu jujur, mummy rasa x ada lagu cinta dalam dunia mampu menandingnya.
mummy cintakan juna.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

notakaki : serius, kalau diberi dugaan ini pada aku melalui anak aku..aku takkan mampu..takkan sekuat hati ibu yang sedang menghadapi ini. aku tak mampu..memang takkan mampu.

Budak Tua


akulah.
si budak tua itu.
yang sentiasa merasa diri dia seorang sahaja yang diuji dan teruji.
bersedih ada tikanya bila memikirkan hal-hal kehidupan yang tak sudah.

akulah.
si budak tua itu
yang sentiasa merasa diri dia seorang sahaja yang bahagia dan gembira.
dilingkari oleh kawanan dan juga keluarga.
ketawa sepanjang masa menutup hati yang bergundahan.

akulah.
si budak tua itu.
menangis seharian.
meremuk jiwa dan hatinya
sendiri-sendiri diriku ini
memendam perasaan yang tak pernah terluah.

pada warkah ini.
ada kata-kata dari seseorang
penulis, pemuisi atau penyair.

tidak ku pasti.
sebab aku tak pernah mengikuti.
tapi yang aku tahu ..
kata-katanya..
nukilannya..

seperti aku.
menasihati aku
terkena pada ku sendiri
tertusuk di jantung
sedap.

*************


Budaktua
oleh A. Ghafar Ibrahim

Jangan menangis, budaktua
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.

Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.

Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.

Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.

Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.

Kisah Pertama


Salam.

ini kisah untuk aku.
aku dan kehidupan.
bermula dari hari pertama melihat dunia.

aku menulis dari sudut pandangan seorang manusia
yang bergelar ibu.
yup! ini aku.
yang menggunakan perantara dari mata anaknya.
melihat dan mengisahkan tiap nukilan hati.

ini kisah sunyi
blog ini bukan untuk sesiapa.
warkah ini hanya untuk diri sendiri.

yang tidak akan ada sesiapa pun tahu.
ini kisah aku.
diam dan kosong.

hanya ketukan mesin taip saja yang merungkaikan
tiap pantulan dari kata hati.
yang tiada siapa yang tahu.

hanya aku dan tuhan.