Thursday 27 September 2012

HiDuP


hidup aku sekarang ..hanya mahu memberi kebahagian dan kesenangan pada dia. nyawa dan jiwa aku selamanya ada pada dia.

Perasaan

Lately nie ada je yang tak kena pada hubungan aku dan dia.
ntahlah..
sukar nak digambarkan..atau diperjelaskan.
aku benci rasa ini. rasa mahu kembali berseorangan.
rasa hanya mahu ada dunia aku dan hana.

aku tak tau mana silapnya aku.
aku tak tau apa lagi yang harus aku lakukan.
bukan aku tak simpati.
bukan aku tak memahami.
tapi.
hanya aku sahajakah yang patut memahami.??
hanya aku sahajakah?

biarlah.
selagi hati ku mampu bertahan untuk bersabar.
aku sabar.
aku tahu ini dugaan.
aku masih tetap akan bersangka baik.

moga satu hari nanti ada hikmah disebaliknya.

apa yang boleh aku nyatakan...

Selagi nyawa kau tak di tarik..kau tak boleh putus asa dengan hidup.kau kena semangat walau teruk macam mana keadaan kau!*semua ada sebabnya sendiri bila Tuhan beri itu pada kau* bertahanlah...kalau ye pun aku tidak dapat merasa apa yang kau rasa tapi percayalah pada tiap ketentuanNya...bersabarlah hati sebanyak mana yang kau mampu...

*diam*

SeSUaTU

Patutnya aku kongsikan dulu pengalaman dan gambar-gambar yang ada di KOREA pada percutian yang lepas, tapi aku nak kongsikan sesuatu yang indah dulu yang telah membangkitkan kembali satu rasa yang selama ini telah berkubur.

Nak ku mula dari mana ya? tak tahu bagaimana harus aku luahkan.
Cuma perasaan itu telah mengamit kembali rasa yang telah lama aku tinggalkan di satu masa dulu.
Aku harap yang kini hadir biarlah menjadi pelangi selamanya dalam hidup.
biar jauh, biar tak sampai untuk aku gamitkan..biar datang hanya selepas hujan..
namum keindahan itu tetap memberi sinar pada sekelian alam.

aku tak mintak untuk didoakan.
aku cuma mintak untuk dimengertikan.
mengapa aku memilih pelangi ini.
moga-moga satu hari ketemu jawapannya.

*senyum*

Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.

Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.

Esok kita hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.


song by society. ;) 

p/s : ini lagu yang aku sering main2kan dicuping telinga saat menikmati perasaan itu. 
        * korea *

Wednesday 12 September 2012

PeLanGi

Salam

"kita bermimpi biar setinggi langit, andai terjatuh masih disambut awan"

tue aku amik dari kawan aku maro nyer status YM..cantik bahasa dia, tak tau mana dia cilok..hehehe..
bila terfikir-fikir tentang itu, betul cakap dia..

dalam hidup ni kite perlu ada mimpi..atau lebih kepada impian.
pasang impian, setup kan tekad, tawakal, doa
mana tahu satu hari nanti Allah kasih mahu membawa kita kepada impian kita tue.

macam sekarang nie
aku selalu impikan aku dapat bercuti
ke tempat yang indah sekali
luar dari malaysia

semua nie takkan terjadi kalau aku takde tekad dalam hati
takkan terjadi kalau aku tak pejam mata sahaja.
takkan terjadi kalau aku takde angan-angankan.

sikit masa lagi
aku dah pergi melancong
melihat pemandangan indah ciptaan Allah..
aku diizinkan oleh NYA untuk ke luar Malaysia
melihat berbagai2 lagi kesempurnaan yang telah DIA ciptakan.

moga perginya nanti aku ke sana
rindu dan cinta ku untuk mencari redhaNYA
lebih menjadi jitu.

moga-moga DIA melindungi sepanjang perjalanan
dan keberadaan ku dan sahabatku di sana nanti
dan moga Allah menjaga kesayangan2 ku di Malaysia ini..


doakan aku eh.
*peluk*

Monday 3 September 2012

Lagi-lagi Raya

salam.

yup
masih dalam mood hari raya nie..
huhuhu..

hari jummat cuti merdeka haritu ada baraan dengan budak-budak sekolah
kitaorang nie memang rapat..sejak zaman persekolahan masih lagi mengamalkan
ziarah menziarahi. dari zaman bujang..sorang-sorang dulu beraya la nie
masing-masing dah beranak pinak. gambar ada. tapi nanti dulu sebab aku tak upload ke FB lagi.
heheee

yang ada sekarang gambar baraan dengan adik beradik dan keluarga ke rumah sedara mara
di meru dan sementa.berjumpa paklang,maklang sepupu semua, mak uda pak ude, nenek.
ini memang tradisi keluarga kami. akan beraya beramai-ramai selagi hayat dikandung badan kan..
selagi abah mama masih ada..harapannya biarlah sampai bila-bila nanti diteruskan tradisi ini.

penat tak penat tapi tetap kecoh..mcam-macam gelagat..gelagat anak masing-masing apatah lagi.
si yaya yang pelindung
si eiman yang pembuli
si hana yang keletah
si aisy yang pendiam (sebab dia baru sebulan jew) heee..

seronok tengok diaorang nie..eiman memang suke duk buli-buli hana, sampaikan hana fobia.
kalau nampak eiman nak datang je kat dia lintang pukang dia lari. hikhikhik..tapi dalam masa sama hana tetap sayangkan eiman, kalau suruh dia g cium eiman, dia cium tapi tuelah takut-takut..hehehehe..

layankan sedikit gambar-gambar yang ada. huhuhuhu~

 
 ini gambar waktu dlam kereta, tak bape nak clear sebab aku amik gambar guna kamera dari depan. tapi the sweet moment two of us adalah tengok tue hana sekarang style dia amik gambar mesti lentok2kan kepala dia tue..hehehehe~

 ha nie waktu beraya umah onyang kat sementa, satu je eiman nie kalau nak bagi dia senyap tak kacau dia kan ..amik gambar dia banyak-banyak..dia memang suke bergambar..tomey dua2 orang nie tau tapi tuela sik kena buli je yang sorang tue. huhu


 nie waktu ke umah toklang and neklang - dengan yaya

 yezza dapat tangkat si eiman nie bagi dia duk diam-diam then amik gambar dengan dia. suka kan dia bergambar..sengih je..


  nyawa aku dunia akhirat.