Monday 29 October 2012

Bual Kosong

wehuuuuu~
lama tak update blog nie..
dari minggu lepas banyak je idea nak menulis dan bercerita
tapi kesibukan mengatasi segalanya..
lantas buat fikiran aku jadi beku

so harinie kita bual2 kosong jela eh.

pasal study.
makin lam makin sibuk
masuk semester kedua
hari pertama kuliah je dah macam2 assignment kena buat.
tue belum yang terdapat dalam iclass lagi .
kena jawab immediately.
then nak hantar pun kena ikut due
no more excused
adeh...teruk lak aku rasa semester nie
ada je pensyarah yang nak buat spoil tau.
tapi yang hakikatnya ada baiknya aku dipadatkan dengan segala
tugasan belajar nie.
kurang-kurang masalah dalaman aku, terlupa seketika.
sementelah aku pun dah buat keputusan untuk ambil sikap tidak peduli.

hidup nie terlalu indah untuk aku sia-siakan
sementara Tuhan masih mahu pinjamkan rohNya pada jasadku ini.
aku harus tenang menempuhinya..
moga-moga satu hari  nanti bahagia akan datang.

Soal Kerja.
Oh ye..baru-baru nie aku dapat interview untuk jawatan baru
sesuai berdasarkan kepada kelayakan aku.
alhamdulillah..kalau tahun sebelum nie aku tak dapat peluang untuk ke 2nd interview
tapi tahun nie ada peluang dari Nya.
aku dengar2 dari 6 kekosongan telah ditambah kepada 10 kekosongan.
interview kedua seramai 27 calon yang terlibat.
harap2 dalam 10 kekosongan tue terselitlah nama aku.
insyaAllah..serahkan segala pada DIA.
"allahummarabbi yassir wala tu'asir, rabbi tammim bil khoir"

Hidup.
aku takkan putus asa
aku  mahu teruskan langkahan
sampai  satu ketika nanti
Tuhan suruh aku untuk berhenti.

*masih cuba untuk tersenyum*

sebelum ku akhiri warkah ini. aku titipkan cinta hati aku. yang mana aku bernafas hanya untuk dia.

 waktu untuk mengisi tenaga - penat lari-lari kejar kucing

 time nie hana sedang menafsirkan sesuatu sambil memandang ayah. huhuhu

smelly..dia pupu la... ;)

Monday 15 October 2012

Pisah

berpisah.

perpisahan itu adalah jalan yang paling baikkah?
hanya semata rasa cinta kau sudah hilang pada dia..

atau adakah ianya jalan untuk mencantumkan kembali dua hati?

aku rindu.

Padan Muka

inilah padahnya kalau terlalu banyak berfikir.
terlalu banyak membandingkan
terlalu banyak sangat nak tau..
apa lebihnya dia
apa hebatnya dia
apa cantiknya dia
apa bagusnya dia

berbanding kau kan.

dan
bila orang tiba-tiba cakap
aku terjumpa dengan si anu tue
eh dia dah makin cantik
dia dah makan ramping
dia dah makin ayuuuuuu~~~


alahai
tiba kat kau.
semua tue diterbalikkan.

nie la akibatnya
bila dalam kawasan
kau main cinta sembunyi-sembunyi
dengan si cinta dia.

padan muka.

Friday 5 October 2012

Percaya.

haih.
tak tau la aku, dalam hidup nie kan..ada macam-macam jenis manusia.
ada yang pertama manusia yang benar-benar mahu bersahabat dengan kita.baik susah atau senang.
yang kedua pula manusia yang hanya mahu berkawan sahaja dengan kita..kawan biasa-biasa je.
yang ketiga manusia yang berkawan hanya demi kepentingan dia sendiri.
yang keempat manusia yang berkawan hanya semata-semata nak menyakiti hati orang tertentu.

aku nie ada sedikit kelemahannya..tak,bukan sikit banyak. ada sifat terlalu mempercayai seseorang. dan yang lebih teruk lagi mudah sangat percaya kata-kata si penyampai. tak pernah nak cuba selidiki dalam-dalam.tapi yela, camne aku nak selidik kalau masa tu aku dengan orang yang dilibatkan tue pun berada dalam situasi yang tak berapa nak bersesuaian.

sekarang nie, bila aku kenang-kenang balik, dan bercerita untuk penjelasan yang sebenar-benarnya.
yang terlibat menafikan sekeras-kerasnya apa yang dikatakan oleh si penyampai. aku jadi bingung dan buntu..yela, sebab aku nak kan penjelasan si yang terlibat jadi angin dan dah tak suka dengan si penyampai, nanti pulak tak pasal-pasal aku pulak akan jadi macam situasi si penyampai. padahal niat aku cuma ingin tahu duduk perkara sebenar.

haih.semua silap aku, silap sebab masih nak bertanya tentang perkara yang lepas-lepas hingga telah menyakiti hati yang terlibat.

sekarang nie, ntahlah. aku serah pada keadaan dan takdir.
aku ikut apa yang telah diaturkan dalam hidup aku.
moga aku makin kuat dan tabah dalam hadapi keadaan ini semua.
cuma aku harap selepas ini, aku takkan jadi seperti aku yang dulu, terlalu mudah percaya. yup! terlalu mudah percaya pada orang memang buruk padahnya.

*redha dalam sakit*

maaf aku dari hati.

Tuesday 2 October 2012

SAKIT.

Kenapa hati masih perlu rasa sesuatu??

sedangkan sesuatu itu belum tentu merasai kamu?

kalau ada pun mungkin seketika cuma.

yang hakikat kau sendiri sedar, ia takkan menjadi kenyataan.

hati masih berharap.

pada sesuatu yang tak pasti.

sakit.
hiba.
merundum.

ok.bye.

Yaya Turns 5

Ahad haritue kan 30hb september 2012, so genap-genap usia yaya 5 tahun..
Along and kak wok decide nak celebrate befday yaya dengan panggil kawan-kawan
sekolah dia sekali.

So kita layankan apa yang ada nie eh....tak banyak gambar dapat tangkap..sebab hana pun duk takut-takut dengan badut and segala belon2 yang ada kat situ. Sik nak berkepit je ngan aku..
yang sebenarnya masa sampai tue pun dia baru je bangun tidor..so cam blurr2 kot lagi..huhuhu~

nie gambar baru sampai..masa tu yaya tengah main game
 
 hari kejadian..mercu tanda.

 clown yang super duper cute..


 FAMILY


 befday cake untuk befday gurl..huhuhu

 goodies.

 ha time nie clown suh masing-masing beratur sebab dia nak buat kan tatu sementara..sukela budak-budak.


 she's look like a princess






 


 


 with friends..

dalam orang duk happy-happy celebrate befday yaya kan..budak nie yang paling stylo sekali dan buat hal sendiri..rugged tak rugged..she's my gurl.. ;)


 dia paling tak suka kalau aku pakaikan dia gaun2 mcamnie..ala2 ladies nie kan..bukan type dia..hahaha dan mama akan cakap ...ha, sebijik cam ibu lah waktu kecik-kecik dulu..tengok rock tak rock la kan..baju gugurl..kasut convers..memang terbaiklahh..

masih bertiga..harap2 nanti pas nie adala eh..huhuhu~

 ini anak abg aku yang nombor 2..thaqif eiman..moody sebab dalam hati kata : kenapa befday aku ayah tak celebrate pun mcamnie..hahahahha..dunt worry dear, ayah cakap kat makyang nanti eiman 2 tahun ayah nak wat party buih mabuk2 untuk eiman..nanti kita wat kat hardrock cafe KL okay ;)
weeeeeeeee~

sesi mandi manda dan main-main sudah bermula..
  


 




 anak ibu yang taknak orang pegang..nak berjalan sendiri dalam air..okay fine. 2 tahun ibu daftarkan nama untuk berenang ok sayang..

nie sesi bila anak-anak taknak main apa yang telah disediakan..untuk tidak merugikan along yang telah menyewa benda alah nie sampai rm500 kan...kitaorang pun masuk dan main..hakhakhak


 lemas dalam nie..sebab iwan duk hempas2 kan badan dia..buat kitaorang terumbang ambing..dan tak cukup udara..huhuhu

 
 ayah tension sebab hana nak berjalan dalam air..keliling kolam dia bawak ayah..chill ok!


 Thaqif Eiman bin Shahrul Nizam

 
 badan kecik tapi ada hati nak cuba gak pakai selipar besar..

 tengok tue..tengok tue..sekali lagi ayah dia tension


 
 jiwa yang paling dekat dengan aku.

lepas mandi manda..confirm masing-masing lapar kan..makan lagi..


 
 Aisy Eirsyad bin Shahrul Nizam (dah dua anak abg aku..dia kata usia dah lanjut so dia taknak tangguh2 lagi..alaaaaaa...alasan je tue..cover je kan sebab dah terrrrr...hahahaha)

Yang nie aksi paling akhir yang aku suka..hana wat mimik muka..time poksu dia amik gambar..ini adalah satu-satunya anak yang aku sedang ada. kalau yaya nafas aku bersama dia, kalau eiman hati aku dengan dia..tapi untuk si kecil nie..tentang hidupnya aku pada hari ini, hanya untuk dia..



permata hati bonda.

Selamat Hari Lahir

Dia lahir pada 30hb September 2007.
Permata sulung abg aku dan isterinya.
Cucu pertama dalam keluarga mak abah aku.
Anak buah pertama dalam hidup aku dan adik beradik aku.

Menjadi kesayangan keluarga.
Baik Atok, Nenek, Nek Tam, Nek Teh, Uwan dan Tok Ayah.
Kesayangan Pak Ngah, Mak Yang (aku ler tue), Pok Su.
Bukan tue je..menjadi kemanjaan Oii, Mak Long, Pak Ude, Ma, Cintan.

Memang dialah satu-satunya hidup dan nyawa dalam keluarga.
Semua menanti-nanti kan dia masa tue.

Hari ke hari dia membesar sebagai kanak-kanak yang comel.
Yang manja, yang keletah, yang nakal. semua ada pada dia.
Jatuhlah dia, Demam dia, sakit dia, luka dia..aduhhhh~~ akan berduyun-duyunlah
call yang masuk ke hp along aku semata-mata nak tanya pasal keadaan dia.

Belum lagi yang sama-sama nangis (aku jugak la tue) bila tau dia demam.
sebab dia duk kat seremban. kalau dengar suara dia lemah sikit ke apa ke..
mula la aku berendam air mata.

30hb September 2012.

Genap dia berumur 5 tahun.
Sambutan kali nie agak besar-besaran jugak.
Sementelah dia pun sudah ada kawan-kawan sekolah kan.
Kalau dulu tiap kali befday dia along akan belanja kitaorang gi cuti-cuti.
Tapi tahun nie buat sambutan dekat Klana Resort Seremban.
Masih dimeriahi dengan keluarga terdekat juga.
Tapi diceriakan lagi dengan kehadiran kawan-kawan dia.

Ada badut, ada pool, ada belon...
Ada Goodies. Ada Game.
Ada Player Kid.
Ada makanan yang paling penting. huhuhu~

Dia sampai bila-bila pun ...
walau dia bukan seorang lagi..
malah sudah ada 3 di bawah
Adik-adik sepupu yang comey-comey.
Dia tetap cinta aku sampai bila-bila.
Budak yang selalu sama dengan aku.
Budak yang selalu aku mandikan...
Budak yang rajin ikut bontot aku ke mana-mana..huhu
Budak kesayangan adik beradik aku.
Sampai ke tua pun dia satu hari nanti...
Dia tetap yang pertama berada dalam hati aku.

Dia......

 SORAYA ALEESA BINTI SUHAIMI
tiap nafasku untuk dia.