Wednesday, 7 November 2012

Kayu

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang popular.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

apa kaitan kayu dengan aduan aku hari nie eh?
ada! aku nak kaitkan kayu cengal nie dengan manusia.
manusia yang sifatnya serupa kayulah.

dicakap dibawa berbincang..diluah segala rasa
masih tetap tidak mahu mengakui.
masih tetap rasa dia itu betul
aku akui lah aku pun tak sempurna dan banyak buat silap.
aku akui silap aku..
dan aku dah cuba sebaik mungkin untuk berubah.

tapi susahlah kalau aku seorang sahaja yang akuinya
sedangkan dia sikit pun tetap tidak mahu untuk menerima kesilapannya juga.
dia tetap pertahankan pendapat dan rasanya.

susah la kalau EGO dah tinggi sangat serupa kayu.
dilontar, dilantun, ditenggelamkan..
masih tetap sama tak beranjak.
lagi-lagi cengal kan..tengoklah bahan awet dia apa. dan bahan awet manusia yang serupa kayu nie
adalah EGOnya yang sangat-sangat tinggi.
kau cakap mcamna pun,
kau guna cara apapun
lembut, kasar, baik, halus, kejam

dia tetap KAYU.

haih.

sampai bila???

*hantuk kepala kat dinding*

No comments: