Haih.
susahlah nak bercakap dengan orang yang betul-betul
takde semangat nak hidup nie
banyak betul alasannya
ada je nak dibangkangkan nya
macam nie nak suh aku memujuk dia lagi?
memang tak lah.
orang duk la cakap kat aku
nasihat kat aku
suh bawak dia gi hospital
suh jumpa pakar
cuba pujuk elok-elok
gampang arrhhh!!
aku guna dah macam-macam cara
tetap ada je alasan dia
dah malas nak jumpa doktor
nanti paling koman pun
hospital bagi ubat banyak-banyak suh makan.
siap bagi contoh.
wehhh bapak aku tue dah tua la.
walau dah tua pun ada ke dia merungut bila kena
gi hospital? dia makan je ubat tue kan.
kalau dah boleh membantu dia untuk teruskan langkahan kaki tue
lepas tue kau nak samakan diri kau dengan bapak aku
bapak aku jatuh sakit bukan waktu usia macam kau.
bapak aku sabar tak baran.
kau? muda lagi dah cepat putus asa
tak thrill langsung.
lepas tue balik-balik
suruh aku faham kau
kau? ada faham aku?
kau macam hidup untuk diri kau sendiri je
kalau betul kau fikir tentang aku dan anak
tentu kau akan usahakan apa sahaja
untuk diri kau kembali pulih kan.
ke hospital contohnya.
makan ubat contohnya
nie tak kau biar penyakit kau
menguasai terus minda dan jiwa kau
lepas tue kau mintak aku faham kat kau
orang sekeliling simpati kat kau.
lepas tue gelak-gelak
boleh cakap suruh aku pandai-pandai sendirilah
pandai-pandai sendiri apa nie?
haih.
*bosan*
No comments:
Post a Comment