Susah.
susah nak difahamkan.
tapi aku nak kau tahu
kerja kita masing-masing berbeza
kalau kau memang tak sibuk.
jangan lak sangka kerja aku nie pun sama macam kau tak sibuk jugak.
serius.
hari nie, pagi-pagi kerja aku memang sedang membukit
semalam elok dah surutnya
pagi-pagi naik ofis sudah membukit tiba-tiba.
kena tahu aku bukan buat kerja jenis meleweehhh.
kalau betul aku tak sibuk, okay aku boleh layan kau anytime kau mahu.
tapi kalau aku kata aku tengah banyak kerja.
tolong faham---
itupun untung aku masih mahu pergi minum untuk hilangkan
rasa panas kat hati tengok meja bersepah.
itupun kalau tak fikir kau punya pesanan suruh aku amik jugak sarapan
walau dalam keadaan apapun ----- jangan harap aku baik hati nak pergi turun sarapan tadi.
itu masih belum cukup menyatakan perasaan aku pada kau ke?
sebab tue aku tak suka nak bukak apa-apa medan perantara waktu-waktu nie.
kalau masa aku sibuk, jangan harap aku nak buka.
itu bermakna memang aku betul-betul sibuk.
aku tak nafikan. kau memang peneman aku.
tapi tolonglah. hormati jugak keadaan ini.
pause---
tempat kau releks.sekurang-kurangnya lah.
orang tak kenal dengan siapa kau bercakap
kerja kau boleh lari-lari bila masa.
tapi kau kena tahu.
aku kat tempat mana
dan kau jugak harus faham
bagaimana tempat aku nie
dengan faktor orang-orang yang kedudukannya sangat dekat
dan kalau bercakap sikit pun--
memang nampak macam diaorang tak peduli
tapi. wehhhhh! aku dah berapa tahun duduk sini.
aku tahu la tiap telinga yang memasang dengar.
macam kau jugak bila tiap kali aku ajak lepak sana sini
kau pun cakap jangan buat hal tempat tak okay.
lepas tue kau nak gebang cakap aku berani cakap belakang je.
bukan kita 2 x 5 dan 5 x 2 ke?
lepas tue boleh pulak kata serik.
fine---
kau tahu tiap rasa dalam hati dan jiwa aku.
so itu pun mahu lagi bertanya saat keadaan tengah tak berapa nak clear ke?
takkan ko tak faham lagi kot tentang rasa aku?
dan kalau aku tiba-tiba diam dan nak hang out cepat-cepat tue
maknanya ada lah yang mendatang.
masih tak faham?
ke sengaja nak mengena?
biar orang tahu aku nie bersama kau?
kalau betul-betul nak terang-terang..
jom! kita sama-sama buat pengumuman!
boleh?
*cinta atas atap, awak tahu siapa awak kan?*
No comments:
Post a Comment