Tuesday, 27 November 2012

Jangan Mengharap

Mungkin dia dah mula terfikir yang hubungan atas atap itu tak membawa ke mana-mana
sebelum-sebelum nie pun kau dengan dia pun ada berfikiran yang sama kan
mahu menghalalkan tapi tak tahu bagaimana
bila nanti banyak pihak yang akan terlibatkan
terluka dan dilukai.

ye,
dekat sini samada kau atau dia yang harus mengambil keputusan dahulu
mungkin kau sudah tidak dimahukan dia.
mungkin hari-hari dia buat perbandingan antara kau dengan si dia.
siapa tahu kan?
mungkin dia hanya mahu menjaga hati kau yang sedang berduka
maka dilayannya kau seperti biasa dahulu..
sekadar menemani..
tapi lama-kelamaan mungkin dia pun sudah terasa yang buat apa diciptakan
lagi segala perasaan yang sudah terbukukan selama ini?
mungkin dia fikir buat apa lagi mahu dijaganya aku ni,
sedangkan pada waktu dulu---- *pause*

macam mana aku nak hilang kan rasa ini
kalau hari-hari fikirkan dia
kalau hari-hari mahu jumpa dia
ada masa cuba elak mcam mana pun dari tidak fikir tentang dia
rasa debar..rasa rindu itu tetap berlegar-legar dalam hati.?

bila tekad mahu hadir lagi dalam diri ini?
atau patut aku ikut sahaja langkahan ini?

satu sahaja.
aku tak mahu dah mengharap
kalau dia datang lagi aku sambut
kalau dia tak mahu lagi aku lepas sahaja.

*diam*

No comments: