happy deepavali.
dalam duk orang cuti-cuti nie
aku lepak ofis menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..
huhuhu~
apa-apapun tengah berehat-rehat nie kan...
ini mungkin boleh di pelajari atau diteliti untuk pengetahuan bersama kot.
supaya kita lebih mengenali seorang yang gen dia adalah lelaki.
check it out!
- Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
- Lelaki benci kekasih di'ngurat'
- Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
- Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
- "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
- Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
- Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
- Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
- Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
- Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
- Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
- Lelaki juga boleh menangis!
- Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
- Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
- Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
- Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
- Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
- Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
- Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
- Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
- Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
- Lelaki benci gay!
- Lelaki sayangkan ibu mereka.
- Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
- Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
- Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
- Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
- Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
- Perempuan adalah kelemahan lelaki.
- Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
- Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
- Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
- Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
- Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
- Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
- Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
- Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
- Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
- Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
- Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
- Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
- Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
- Lelaki berfikir terlalu banyak.
- Fantasi lelaki tidak terbatas.
- Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
- Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
- Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
- Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
- Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
- Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
p/s : agak-agak kamu, kriteria yang mana yang kena pada kamu eh?
*senyum*
No comments:
Post a Comment