Wednesday, 12 December 2012

SimPaTi

orang duk letak kasihan mereka pada kau.
tengok kau dengkot-dengkot
tengok kau menahan sakit.

kan ke doktor dah cakap
apa-apapun salah satu jalan penyelesaiannya
adalah dengan ubat.
mahu atau tidak.
ubat klinikal tue perlu.

tapi kau.
kau tetap taknak
kata kau nanti banyak kesannya di kemudian hari.
kalau ada ubat tradisional
tapi akan ada kesan sakitnya dulu dan kemudian baru hilang.
pun sama kau tetap tidak mahu.

kemudian kau mintak aku faham kau banyak-banyak.
kau nampakkan macam aku ni bersalah sangat pada kau.
kau nampakkan seolah aku ini tidak pedulikan kau.
dan paling kau nampakkan seolah-olah kau harus disimpatikan
akan sakit kau.

tapi aku?
perasaan aku.
hati aku.
jiwa aku.

siapa mahu peduli?
siapa mahu kisahkan?

kau sangat-sangat pentingkan diri sendiri sebenarnya.
cuma kau tak pernah mahu mengaku.

terima kasih.



1 comment:

Anonymous said...

sabar ye awk.beri dia masa k..