aku milik orang
dan kau juga milik orang
kita bersama cuma atas satu sebab
atas rasa itu
rasa yang dulu itu----
dan aku akui atas tiap dugaan yang menimpa aku
tapi aku nak kau juga ketahui atas sebab apa kita bertemu kembali
bukanlah di sebabkan dugaan yang sedang aku hadapi ini.
aku masih ada tanggungjawab
walaupun ianya hanya sebelah pihak saja
walau perasaan itu tiada
tapi keinginan untuk bersama itu tetap ada.
biarlah..biar hanya di sebelah pihak saja
biar betapa aku rasa ke tidakpuasannya itu
biar betapa aku rasa hanya aku sahaja yang mencuba
tidak di pihak dia.
biarlah ....
dan kau juga punya tanggungjawab
bezanya kau lakukan dalam keadaan dua-dua pihak mahu
dua-dua pihak cinta, dua-dua pihak kasih, dua-dua pihak sayang
dan dua-dua pihak rasa kepuasannya.
dan soal yang lain-lainnya itu kau sendiri faham kan.
sebab apa kau sendiri tidak mahu itu ini.
kau sudah dewasa, kau sudah berubah, kau sudah matang
makanya pasti kau fahami sendiri.
lantas, mahu apa dimarahnya aku lagi
semata-mata aku yang baru mencuba ini?
terus terang secara jujurnya,
perasaan aku yang sedang aku rasakan ini, bukan semata kerana itu.
bukan kerana itu aku mendekati kamu.
tidak sama sekali.
demi Tuhan yang mencipta tiap perasaannya makhluk dibumi ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap nafsu makhlukNya didunia ini.
demi Tuhan yang mencipta tiap rasa kasih dan cinta pada setiap makhluNya dialam ini
dan demi Tuhan yang mencipta fitrah pada tiap hati hambaNya disemesta ini.
aku tak minta simpati
dan aku tak minta kamu semata kerna itu.
cuba lah mengerti
dengan hati yang tenang dan jujur..
aku tak meminta tiap simpati kamu bagi masalah aku ini.
aku hanya minta peneman yang sudi bersama aku.
p/s : terpulang pada kamu sekarang sayang. teruskan atau tidak ...itu hak kamu.
No comments:
Post a Comment