Friday, 5 October 2012

Percaya.

haih.
tak tau la aku, dalam hidup nie kan..ada macam-macam jenis manusia.
ada yang pertama manusia yang benar-benar mahu bersahabat dengan kita.baik susah atau senang.
yang kedua pula manusia yang hanya mahu berkawan sahaja dengan kita..kawan biasa-biasa je.
yang ketiga manusia yang berkawan hanya demi kepentingan dia sendiri.
yang keempat manusia yang berkawan hanya semata-semata nak menyakiti hati orang tertentu.

aku nie ada sedikit kelemahannya..tak,bukan sikit banyak. ada sifat terlalu mempercayai seseorang. dan yang lebih teruk lagi mudah sangat percaya kata-kata si penyampai. tak pernah nak cuba selidiki dalam-dalam.tapi yela, camne aku nak selidik kalau masa tu aku dengan orang yang dilibatkan tue pun berada dalam situasi yang tak berapa nak bersesuaian.

sekarang nie, bila aku kenang-kenang balik, dan bercerita untuk penjelasan yang sebenar-benarnya.
yang terlibat menafikan sekeras-kerasnya apa yang dikatakan oleh si penyampai. aku jadi bingung dan buntu..yela, sebab aku nak kan penjelasan si yang terlibat jadi angin dan dah tak suka dengan si penyampai, nanti pulak tak pasal-pasal aku pulak akan jadi macam situasi si penyampai. padahal niat aku cuma ingin tahu duduk perkara sebenar.

haih.semua silap aku, silap sebab masih nak bertanya tentang perkara yang lepas-lepas hingga telah menyakiti hati yang terlibat.

sekarang nie, ntahlah. aku serah pada keadaan dan takdir.
aku ikut apa yang telah diaturkan dalam hidup aku.
moga aku makin kuat dan tabah dalam hadapi keadaan ini semua.
cuma aku harap selepas ini, aku takkan jadi seperti aku yang dulu, terlalu mudah percaya. yup! terlalu mudah percaya pada orang memang buruk padahnya.

*redha dalam sakit*

maaf aku dari hati.

No comments: