Patutnya aku kongsikan dulu pengalaman dan gambar-gambar yang ada di KOREA pada percutian yang lepas, tapi aku nak kongsikan sesuatu yang indah dulu yang telah membangkitkan kembali satu rasa yang selama ini telah berkubur.
Nak ku mula dari mana ya? tak tahu bagaimana harus aku luahkan.
Cuma perasaan itu telah mengamit kembali rasa yang telah lama aku tinggalkan di satu masa dulu.
Aku harap yang kini hadir biarlah menjadi pelangi selamanya dalam hidup.
biar jauh, biar tak sampai untuk aku gamitkan..biar datang hanya selepas hujan..
namum keindahan itu tetap memberi sinar pada sekelian alam.
aku tak mintak untuk didoakan.
aku cuma mintak untuk dimengertikan.
mengapa aku memilih pelangi ini.
moga-moga satu hari ketemu jawapannya.
*senyum*
Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.
Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.
Esok kita hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.
song by society. ;)
p/s : ini lagu yang aku sering main2kan dicuping telinga saat menikmati perasaan itu.
* korea *
No comments:
Post a Comment