Wednesday, 18 July 2012

Hati Tersentuh

Semalam.
Menyelak lembaran mukabuku. mengintai-intai teman-teman mukabuku.
hati tersentuh. bilamana dapat tahu seorang teman di alam maya
yang aku sanjung dan hormati..seorang kakak yang dianggap oleh semua orang
seorang kawan walau tak pernah bersua. seorang manusia, seorang perempuan
yang sangat-sangat indah sikapnya merayu mengharap pertolongan teman-teman
alam maya yang lain membantu dia menyelamatkan anaknya yang sedan menghadapi jantung berlubang.

aduh. anak itu baru berumur 1bulan lebih. kasihan sangat.
menitis airmataku. membaca kisahnya dan pengharapannya
memerlukan wang kos pembedahan sebanyak rm35k.
sekejapan. dalam masa 24jam setelah diduga dengan berbagai cubaan
alhamdulillah..pagi ini anak itu akan dibedah. wang sudah mencukupi.
telah dipuasakan dari susuan sejak jam 4pagi lagi.
apa lah yang dimegertikan oleh anak kecil itu. yang hanya tahu lapar dan dahaga. mengharap
si ibu memberinya makanan. apa lah runtun jiwa si ibu melihat anak nya menangis mahukan
susu..aduhhhh...pembedahan harus disegerakan sebelum jantung membengkak. luluhnya hati ku kalau di fikirkan tentang seandainya tempat ku disitu. pasti air mata tiada hentinya mengalir.

mungkin aku tidak mampu dari segi wang ringgit..tapi apa yang aku mampu doakan keselamatan anak itu.. moga ada tempatnya di dunia ini. mengingati sang ibu yang bertahun-tahun menunggu cahaya mata.. akhirnya dikurniakan ..direzekikan anak ini untuknya walau bukan dari rahimnya sendiri..namun sayang dan kasihnya melebihi segala.

ku mohon ..sahabat-sahabat yang ada...
bukan wang ringgit jadi taruhan
cuma..kalau ada simpati..
mohon sedekahkan al-fatihah untuk si anak arjuna bakti fitri
moga pembedahannya selamat.
moga dia kembali ceria
moga ibu dan ayahnya bahagia.

tak mintak wang ringgit
mohon doanya sahaja.

terima kasih.

Allah telah memberitahu melalui firmannya dalam surah Al-Baqarah: ayat 155-156 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami lah kami kembali.....”

dodoi ini mummy tubuhkan sebelum juna tiba ke rangkul mummy.
begitu jujur, mummy rasa x ada lagu cinta dalam dunia mampu menandingnya.
mummy cintakan juna.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

notakaki : serius, kalau diberi dugaan ini pada aku melalui anak aku..aku takkan mampu..takkan sekuat hati ibu yang sedang menghadapi ini. aku tak mampu..memang takkan mampu.

No comments: